Sebagai Persediaan, Bakal-Bakal Isteri Kalau Suami Dera Mental. Isteri Boleh Tuntut Fasakh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dera fizikal mungkin orang boleh nampak tapi kalau dera mental ini memang orang tak boleh nak nampak dan nilai. Nak-nak lagi kalau perkara ini terjadi terhadap seorang isteri. Tugas isteri ini bukan hanya nak menguruskan rumahtangga sahaja, malah kalau dirinya berkerja tentu banyak perkara yang akan bermain difikirannya. Itu yang menyebabkan ia terganggu.

Perkara sebegini bukan diminta ataupun diduga, tetapi lebih untuk persiapan jika ia berlaku dikemudian hari. Sama-sama kita fahami perkongsian daripada Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli ini;


Dera Mental Isteri, Satu Bentuk Kezaliman

Bangun awal pagi seawal jam 6, bersiapkan sarapan anak untuk ke sekolah. Kemudian, bergegas keluar bekerja, tiba-tiba sangkut jem. Aduhhhh, sampai saja pejabat, punch card merah. Bos panggil marah-marah sebab selalu sangat merah.

Kerja bertimbun sampai tak sempat keluar makan, then petang kena balik cepat sebab nak pergi ambil anak dekat nursery. Lambat nanti kena charge lebih pulak. Then, sampai lambat sebab jem. Nak sampai rumah pulak, lagi jem.

Sampai kat rumah dalam lingkungan jam 7-8 malam, nak kena masak pulak sebab husband cakap nak makan kat rumah. Kalau tak masak, marah sebab kata rugi bayar maskahwin mahal tapi tak pandai masak. Then, jeng-jeng-jeng, part yang paling best, pukul 8.30 suami terus keluar rumah main FUTSAL alasan release stress.

Pernah tak korang dengar cerita ni daripada kawan-kawan yang pernah jadi macam ni. Atau mungkin it happens to you tapi saja tak nak bagitau perkara ni pada siapa-siapa. Dan ini the worse senario, suami balik jam 1.00 pagi terus tidur dan bila tanya kenapa balik lambat sangat, korang dimaki sebab kata queen control.

Ini bukan situasi yang rare. It’s really happened guys. Ada part suami enggan berkomunikasi dan bercakap dengan baik pada isteri tanda merajuk atau protes. Then, tekanan berlaku. Memang tak ada pukul memukul berlaku, tapi, tekanan perasaan dan mental inilah salah satu pendorong kepada keretakan rumahtangga.

Tapi,

Hal ini kalau dibawa ke Mahkamah kerana ia akan jadi drama air mata sahaja dalam kandang Plaintif. Ramai isteri yang menghadapi situasi ini tapi tak tahu macam mana nak buktikan pada mahkamah bukan sekadar mengalir air mata darah semata-mata.



• Boleh ke nak tuntut fasakh?

Boleh. Ada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53(1)(h)(i) iaitu lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan menderita disebabkan kelakuan aniaya.

Seksyen ini tidaklah khusus kepada penderaan fizikal sahaja bahkan, penderaan mental juga adalah salah satu bentuk penganiayaan terhadap seseorang.



• Apa yang perlu dilakukan sebelum buat tuntutan?

❤️ Pertama, jika sekiranya berlaku situasi yang macam tadi atau apa-apa yang lain boleh dirasakan sebagai memberi tekanan dan tak ada apa-apa isu lain yang lebih kuat, maka, isteri mesti mendapatkan terlebih dahulu khidmat kaunseling di Pejabat Agama. Hanya kaunselor sahaja boleh beri kaunseling dan jika sekiranya kaunseling tidak berjaya untuk diselesaikan sekalipun, sekurang-kurangnya anda berhak untuk dapatkan laporan kaunseling tersebut untuk dibawa ke perbicaraan kelak.

❤️ Kedua, dapatkan rawatan dengan Pakar Psikatri di Hospital kerajaan bukan swasta. Laporan penderaan mental ini hanya boleh disahkan oleh pakar tersebut. Selalunya isteri takut jumpa sebab bimbang dikatakan gila. Come on, gila dan stress adalah dua perkara yang berbeza. Cuma persamaannya adalah ia adalah masalah kesihatan. Jadi, masalah kesihatan hanya boleh disahkan oleh pakar kesihatan. Takkan masalah kesihatan nak disahkan oleh peguam pulak. Memang tak la kan.

❤️ Ketiga, jangan pendam masalah anda sorang-sorang. Kongsikan dengan rakan sekerja, saudara mara atau mungkin boleh adukan pada imam masjid anda. Sekurang-kurangnya, ada orang boleh bantu anda jika ada berlaku apa-apa masalah kepada anda dan juga boleh menjadi saksi kelak di Mahkamah.

Ini 3 easy step yang perlu untuk seorang isteri buat sebelum tuntut fasakh kalau dah tak ada langsung alasan lain yang lebih kukuh. Kalau tak sanggup berpisah pun dan masih nak teruskan, tapi ada masalah tekanan macam ni, boleh ja kalau nak pergi kaunseling untuk dapatkan nasihat rumahtangga. Saya yakin dan percaya, kaunselor pejabat agama adalah orang yang terlatih untuk memberi nasihat yang terbaik sekiranya rumahtangga masih boleh diselamatkan.

Selebihnya, atas bahu anda untuk tindakan selanjutnya. Jangan biarkan diri anda dianiayai mental wahai kaum hawa. Kaum wanita lah yang kini paling tinggi mengalami stress di Malaysia. Suami pula, fikirkan juga tanggungjawab zahir dan batin anda pada rumahtangga. Ini amanah kita. Wallahualam.

Follow saya Fahmi Ramli dan Like Page untuk dapat lebih info isu Syariah. Jangan lupa share untuk isteri-isteri stress yang lain.

Jangan Biar Hidup Anda Diselubungi Stress
Fahmi Ramli

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen