Bercinta Dengan Lelaki Lembut, Usah Pedulikan Apa Orang Kata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki apabila kelihatan sedikit lembut sejak azali, sering disalah ertikan. Mereka sering dikatakan tidak normal malah ada yang menganggap mereka sebagai gay atau pondan. Pemikiran masyarakat yang sebegini harus diubah dan tidak sepatutnya melemparkan tuduhan sebegitu terhadap semua lelaki yang bersifat lembut.


Tidak semua lelaki yang bersifat lembut adalah seperti yang orang sangka. Mungkin dia sedari kecil dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik perempuan sehingga dia juga seakan terikut dengan kelembutan perempuan. Itu tidak bermakna dia tidak lurus, mungkin sifatkan sahaja yang begitu, tetapi dia masih mempunyai naluri lelaki yang inginkan pasangan perempuan sebagaimana fitrah asal kita.



Sebagai masyarakat sekeliling, kita seharusnya menyokong mereka, bukan dengan merendah-rendahkan mereka atau berkata bukan-bukan mengenai dirinya. Bukan mudah untuk menjadikan lelaki lembut bertukar secara drastik menjadi lelaki tegap. Ia memakan masa tetapi boleh berjaya. Sebagai rakan juga seharusnya membantu dia untuk kelihatan lebih ‘jantan’ berbanding sebelumnya. Ajak dia ke gym dan lakukan apa-apa aktiviti yang boleh menampakkan dirinya sebagai lelaki sejati.



Sebagai wanita pula, jika ditakdirkan anda bercinta atau berkahwin dengan lelaki lembut, pastinya ada saja mulut-mulut yang mengata dan mencaci. Pedulikan sahaja kata orang, hiduplah dengan bahagia kerana pastinya anda lebih tahu dan kenal siapa dirinya. Jika terlalu peduli tentang apa yang orang kata, pasti hidup tidak akan aman dan pasangan anda adalah orang yang paling tertekan dan terkesan dengan apa yang berlaku.

Bukan pintanya atau mahunya dilahirkan sebagai seorang lelaki lembut, dan dia juga tidak menyalahkan takdir. Bahkan berharap dapat mengecap bahagia seperti insan lain juga. Berilah sokongan yang sepenuhnya kepadanya, kerana tiada seorang pun di antara kita adalah sempurna.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen