Barang Pekakas Rumah Sebagai Barang Hantaran, Ini Baru Betul-Betul Bijak Uruskan Kewangan Rumahtangga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu ada perancangan tersendiri mengenai barangan hantaran bukan. Ada yang memilih untuk barang yang bersederhana malah ada juga yang memilih dengan barangan yang agak branded. Akan tetapi itu semuanya bergantung kepada kepuasan masing-masing bukan.

Namun dalam keadaan ekonomi sebegini, adakah anda merasakan wajar untuk ikut kepuasan pasangan. Ataupun barangan hantaran yang diberi adalah berbentuk keperluan seperti periuk nasi, jug elektrik seperti yang viral baru-baru ini.


Jika difikirkan bahawa barang-barangan hantaran berunsur barangan rumah ini sebenarnya lebih berbaloi jika nak bandingkan dengan pemberian seperti tuala, minyak wangi dan lain-lain lagi.

Kalau anda rasa bahawa barang-barang seperti ini boleh diperolehi oleh rakan-rakan yang memberi sebagai hadiah perkahwinan anda silap sebenarnya. Dalam keadaan ekonomi seperti ini, ramai yang lebih memilih untuk memberi pinggan mangkuk yang murah berbanding kena berbelanja yang lebih. Jadi siapa untung dan siapa rugi?

Mari kita lihat sedikit pandangan daripada Dr Azizul Azli Ahmad.



Gubahan Hantaran Terkini?

Jika kita masih buat hantaran kahwin beg tangan, kasut, kek, jam tangan kita dah ketinggalan zaman.

Ini zaman Lim Guan Eng menteri Kewangan, hantaran mesti ikut keperluan.

1. Jika nak buat hantaran, mintak pihak pengantin beli barang keperluan. Bukan barang kehendak.

2. Jam tangan Tag Heuer, beg tangan Gucci, pewanggi CK, kasut LV, hp iphone X itu semua adalah kehendak dik bukan keperluan !

3. Itu semua bukan keperluan dalam berumah tangga, beg tangan gucci bukan boleh bantu masak sedap waktu perut sedang lapar.



4. Mesin basuh, periuk nasik, peti sejuk, seterika baju, tong gas antara keperluan lepas kahwin dik.

5. Tilam vono atau tilam kawin juga keperluan pengantin, tak ada katil pun tak mengapa. Janji ada tilam dan bantal. Tengah manis nie tidur kat dapur pun tak mengapa.

6. "Takkan nak letak peti sejuk dalam dulang"?.

Soalan dari makcik bawang!. Pegilah Seng Heng dan jadikanlah peti sejuk dalam bentuk voucer. Letak gambaq cantik dan pakaikan reben warna warni.

7. "Ishhhh.... Nanti orang gelakkan kita, tak pernah orang buat pun". Nak bagi orang gelak atau nak hidup bahagia lepas kahwin dik?



8. "Ishhhh... Nanti takdelah gambaq cantik cantik nak upload kat insta". Hidup kita bukan untuk berkongsi semua benda dengan orang dik, simpan sikit rasa riak tu dalam dalam!

9. Zaman ini zaman keperluan, bukan zaman letak buah plastik dalam dulang lagi dik.

Kalau nak habiskan duit buat hantaran, sediakan barang keperluan bukan barang yang orang bangga ambil gambar letak dalam instagram.

10. Jangan kata abang tak payung dik, abang nak adik jadi pengantin bijak dan hebat.

Kalau nak hebat lagi, buatlah replika kunci rumah yang dah beli. Tulis ditengah kunci nama pengantin, Jadikan hantaran pengantin baru nanti.

Abah Qilah
Pengantin Lama Jiwa Baru

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen