Lelaki Suka Membebel, Rimas Atau Unik?

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya kita tahu wanita yang tidak asing lagi dengan sifat suka membebel. Jarang kita dengar lelaki mengambil alih ‘tugasan’ tersebut. Walaubagaimanapun ianya tetap ada dan tidak mustahil. Terdapat lelaki yang memang suka membebel sehinggakan boleh mengalahkan seorang wanita.


Bila sebut sahaja lelaki suka membebel, pasti fikiran ditujukan kepada lelaki-lelaki lembut. Bukan, lelaki tidak lembut juga boleh jadi lelaki yang suka membebel. Mungkin dengan membebel dapat menghilangkan stress untuk dirinya, iaitu dapat melepaskan semua yang terbuku di hati. Bagaimana pula dengan orang sekeliling yang terpaksa menadah telinga mendengar bebelannya setiap hari?



Apabila ditakdirkan mendapat pasangan yang suka membebel iaitu lelaki, sebagai wanita anda seharusnya sudah tahu perangai si dia dan sudah bersedia dengan apa yang bakal anda hadap setiap hari. Lelaki suka membebel bukanlah suatu perkara yang janggal, kerana banyak faktor yang membuat dirinya suka membebel seperti wanita. Jika sudah berkahwin, pasti si dia yang akan banyak membebel kepada anak-anak, bukannya anda. Namun apa kata serahkan saja tugas membebel itu kepadanya kerana jika dihalang, pasti tidak berhasil juga.



Jadi, apabila setiap hari mengadap situasi yang sama, pasti si isteri sudah lali dengan perangai suami yang sedemikian rupa. Cuma, tatkala berada di rumah masih boleh dipertimbangkan, tetapi jika berada di luar juga sikapnya yang suka membebel masih kelihatan, maka perlulah ditegur dan sebagai lelaki juga, anda perlu kurangkan sedikit bebelan anda itu di tempat awam. Bukan apa, takut nanti yang melihat akan berasa pelik pula. Lain lah isteri dan anak-anak yang sememangnya sudah terbiasa.



Jika difikirkan, unik juga sebenarnya lelaki yang suka membebel berbanding lelaki pendiam. Cum ajika sikap membebelnya semakin lama semakin menjadi-jadi, risau juga akan menjadi parah satu hari nanti. Oleh itu, berpada-padalah jika mahu membebel seperti wanita, jangan sampai disalah anggap oleh masyarakat yang melihat pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen