Wanita Berkulit Gelap Lambang Keayuan Sejati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya wanita berkulit cerah menjadi idaman para lelaki untuk dijadikan teman atau isteri. Namun wanita berkulit gelap bahkan terasa terpinggir dan tidak yakin untuk berdepan di khalayak kerana dianggap tidak cantik di mata kebanyakan orang. Itu yang kadang kala mereka yang berkulit sawo matang ini terasa hati dengan kata-kata bahawa gelap itu tidak cantik, sedangkan mereka ini cantik dengan kecantikan diri sendiri.


Tak cukup itu sahaja, iklan-iklan di luar sana juga lebih memperomosikan bahawa mereka yang berkulit putih ini cantik sedangan yang gelap ini sebaliknya. hampir semua masyarakat kita telah dimomokkan akan perkara sebegini sehingga hilang keyakinan diri. Itu yang menyebabkan banyak produk-produk pemutih yang memudaratkan diri berada di pasaran. Ramai yang sanggup bergadai nyawa untuk memiliki kulit yang putih dan cerah.



Tanpa kita sedari, wanita berkulit gelap biasanya memiliki kulit yang cantik secara fizikalnya. Kulit lembut dan mulus itu seakan tidak kelihatan dek kerana terlindung oleh tona kulit yang sedikir gelap berbanding kebanyakan orang. Namun mereka ini tidak terlalu struggle untuk penjagaan kulit, tetapi lebih kepada usaha untuk mencerahkan kulit.



Sering kita dengar bahawa orang yang berkulit gelap adalah seorang yang manis atau hitam manis. Benar, wanita berkulit gelap adalah lambing keayuan sejati kerana mereka tona kulit mereka adalah lebih asli. Wanita berkulit gelap tidak perlu berasa rendah diri dengan warna kulit yang anda miliki tetapi sepatutnya berasa bangga kerana ramai orang di negara luar yang mahukan kulit seperti anda.

Walau apapun pemikiran seseorang terhadap warna kulit, apa yang paling penting ialah hati kita. Tidak mengapa miliki kulit gelap asalkan hati tidak gelap. Apa guna miliki kulit cerah jika hati tidak seputih itu. Orang yang baik bukan dinilai berdasarkan warna kulit, tetapi orang yang baik adalah orang yang tidak pernah menghukum orang dengan menilai warna kulit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen