Bukan Curi Hati Bakal Ibu Mertua Sahaja, Curi Hati Neneknya Sekali.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bakal pengantin biasanya berdebar-debar setiap kali mahu berjumpa keluarga pasangan terutama buat pertama kali. Kata orang, kena pandai ambil hati ibunya dulu, barulah senang dia nak terima jadi menantu.


Namun, ramai yang tak tahu tips yang satu ini. Jika si dia masih mempunyai nenek, anda perlu pandai mengambil hati neneknya sekali. Lebih-lebih lagi jika si dia itu cucu kesayangan nenek. Biasanya cucu lelaki ini sangat disayangi oleh neneknya, lebih-lebih lagi jika dia cucu tunggal atau satu-satunya cucu lalaki. Belajarlah buat kerja rumah yang basic sebelum berjumpa nenek si dia. Orang tua tua ni biasanya boleh tahu jika kita tahu buat kerja rumah atau tidak.



Usah risau jika nenek si dia tidak berapa berkenan kepada anda ketika pertama kali jumpa. Itu adalah perkara biasa. Mungkin dia tidak yakin anda boleh menjaga cucunya dengan baik atau masih meragui keikhlasan anda terhadap cucunya. Jangan risau dan berputus asa, teruskan usaha mengambil hatinya dan berbuat baik dengannya selalu. Ketahui minatnya supaya boleh sama-sama bersembang tentang perkara yang dia suka.



Pentingnya jika ada hubungan baik dengan nenek mertua kerana lambat atau cepat, pasti akan bersua juga. Walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan bakal ibu mertua, tetapi perlu juga wujudkan hubungan yang erat dengan nenek si dia supaya tidak berasa janggal setiap kali pulang ke kampong halaman bersama sanak saudara si dia nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen