Walaupun Pasangan Tak Sama Macam Orang Lain, Tapi Tetap Perlu Bersyukur Dia Setia Di Sisi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang yang dapat pasangan yang mampu memberikan segala-galanya kepada pasangannya. Bukan hanya sekadar makan pakai sahaja, malah ada yang mampu beri lebih lagi. Itu yang membuatkan isteri-isteri sayang sangat kepada mereka.


Ada juga yang mungkin tak mampu diberikan emas, hidup yang mewah ataupun percutian setiap bulan, akan tetapi dia mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Di mana, mampu bantu isteri dalm uruskan rumahtangga, tengok anak-anak serta mampu luangkan masa dengan anak isteri.

Bukan hanya suami sahaja, isteri pun sama sahaja.

Di mana, ada isteri mampu jaga badan dengan baik, cantik malah pakaian sentiasa up to date. Itu yang membuatkan suaminya tak pandang wanita lain, malah makin sayang dekat isteri. Sampaikan nak berpisah sesaat pun hati terasa bimbang.



Namun begitu, ada juga isteri-isteri yang tak sempat nak melawa, akan tetapi bab-bab uruskan rumahtangga, memasak, didik anak-anak serta berbakti dengan mertua memang terbaik dan begitu cekap sekali. Mungkin suami tak nampak semua itu, tapi sebab inilah dia menjadi menantu kesayangan ibu bapa anda.

Setiap apa yang pasangan kita ada ini, tak semesatinya akan dimiliki oleh pasangan lain. Malah, walaupun apa pun kurangnya pasangan kita ini, tentu sahaja ada kelebihan lain yang anda perlu perhatikan malah mensyukurinya. Mungkin dia kurang itu tapi lebihnya pada yang ini.



Sebab itu, jangan cepat sangat nak bandingkan hubungan anda dengan hubungan orang lain. Jangan nak samakan pasangan anda dengan pasangan orang lain. Apa yang orang ada itu, tak akan sama dengan apa yang anda miliki. Adalah lebih baik kalau anda bersyukur dengan apa yang ada berbanding mengelauh dan mengharapkan lebih dari pasangan anda.

Kadang kala, sesuatu yang anda tak mahu dan tak harapkan itu kadang kala adalah lebih baik dari apa yang anda harapkan. Bersyukur dengan apa yang pasangan telah berikan kepada anda, kalau kurang cuba anda lebihkan, begitu juga kalau lebih maka bersyukurlah dengan nikmat yang diberi.

Percayalah bahawa apa yang anda miliki sekarang ini adalah lebih baik dari apa yang anda harapkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen