Selepas Berkahwin, Mengapa Lihat Pasangan Orang Lain Lebih Baik Dari Pasangan Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum kahwin, seseorang akan melihat bahawa pasangan mereka itu adalah orang yang terbaik dalam pilihan mereka. Malah mereka juga cukup yakin akan pilihan mereka. Segalanya cukup manis saat-saat percintaan hingga mereka begitu terasa bahagia.

Akan tetapi selepas berkahwin, seseorang akan mula melihat bahawa pasangan mereka ini banyak kurangnya, malah merasakan bahawa pasangan orang lain adalah lebih baik, malah ada juga yang merasakan orang lain lebih sesuai dengan mereka.


Itu sebab akan terasa renggang dengan hubungan, malah kalian akan sering memandang orang lain dan membandingkannya dengan pasangan anda. Sedangkan, apa yang pasangan anda lakukan sudah cukup terbaik buat hubungan anda.



Namun begitu, mengapa selepas kahwin anda akan melihat orang lain lebih baik dari pasangan anda?

• Biasalah, bila dah dapat masa itu lah banyak benda yang tak kena. Masa belum dapat semuanya nampak sempurna. Akan tetapi setelah berjaya milikinya, itu kurang, ini tak kena dan macam-macam lagilah. Perkahwinan ini bukannya untuk tahu siapa kurang siapa lebih, tetapi ia adalah bagaimana anda melengkapkan pasangan anda dengan apa yang anda dan pasangan miliki.

• Apa yang paling jelas adalah anda telah nampak segala baik buruk pasangan anda. Malah anda telah nampak segalanya, sebab itulah membuatkan anda ingin membandingkan pasangan dengan orang lain. Anda tak boleh terima akan kekurangan yang dia miliki, itu yang membuatkan anda mencari seseorang yang ada kelebihan pada kekurangan pasangan anda. Adalah lebih baik kalau anda bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang ini.

• Sebelum ini anda tak nampak sikap yang sebenar. Masa bercinta, tak semua orang akan tunjukkan sikapnya yang sebenar, bahkan bagaimana dirinya. Selepas berkahwin, anda akan nampak sikapnya itu malah kadang kala sikapnya itu membuatkan anda tak selesa. Anda seharusnya cuba menerima pasangan anda, malah cuba memperbaiki apa yang anda tak selesa dan tak suka itu. Barulah namanya pasangan yang sebenar.

• Apa yang jelas sebenarnya, anda adalah seorang yang tidak menjaga pandangan anda. Selepas berkahwin, adalah lebih baik anda menjaga dan menundukkan pandangan anda terhadap mereka yang berlawanan jantina dengan anda.



Mana tidaknya, nanti anda mudah tergoda dan membuat perbandingan terhadap pasangan anda. Sedangkan, apa yang anda miliki itu adalah yang terbaik buat anda. Hanya anda sahaja yang tak nampak akan semua perkara itu.

Jangan berkahwin dengan nafsu dan terasa ingin penuhi keinginan anda. Akan tetapi, betulkan niat perkahwinan anda dengan mencari redha Allah dan disebabkan Allah. Nak perkahwinan yang diidamkan, maka bawa pasangan sama-sama menuju ke jalan Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen