Suami Yang Sayangkan Isteri, Akan Tanya 4 Perkara Ini Setiap Hari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak jumpa suami yang rajin bertanya ini memang susah sikit. Akan tetapi kalau jumpa yang diam, mendengar dan memerhati ini agak ramai. Mana tidaknya, lelaki ini biasanya kurang bercakap, bukan sebab mereka ini tak sayang akan tetapi memang sikap mereka jenis yang tak banyak cakap.

Selalunya kalau bab-bab bercakap ini, akan lebih kepada orang perempuan. Bukan sekadar bertanya, malah berkongsi cerita dari A hingga ke Z pun mereka yang paling mahir.


Isteri adalah kiriman Allah buat lelaki yang sudah layak untuk bergelar suami. Sudah menjadi satu kewajipan suami untuk menyayangi dan menjaga dengan baik isterinya itu sepenuh hatinya. Ini kerana bersikap baik dengan isteri akan mendatangkan rahmat Allah.

Mungkin suami anda bukan jenis orang yang banyak cakap atau bertanya. Namun begitu, cinta seorang suami boleh dilihat apabila dia tanyakan perkara ini kepada isterinya. Setiap pertanyaan ini adalah merupakan satu bentuk kasih sayang dari suami buat isterinya.



Apa pertanyaan itu?

1. Bertanya berkenaan solat isterinya.

“Sayang dah solat belum?”

Seorang suami yang betul mencintai isterinya tentu sahaja memperhatikan urusan akidah isterinya. Dimana, dia pasti bimbang kalau-kalau isterinya terleka dalam melaksanakan perintah Allah malah membinasakan isterinya sendiri. Suami yang baik akan sering kai bertanya soalan ini kerana ingin menuju ke syurga bersama-sama isterinya.

2. Selalu ingatkan akan makan pada waktu yang tepat.

“Dah makan?, jangan lupa makan.”

Walaupun nampak macam tak ada apa-apa, tetapi ini juga pertanyaan yang merupakan kasih sayang suami kepada isterinya. Bila suami anda bertanya soalan ini kepada anda, itu bermakna dia sangat membimbangkan akan kesiahtan anda. Dia tidak mahu anda jatuh sakit malah ingin anda sentiasa sihat di sisinya.



3. Tanya akan isi rumah anda.

“Penat Hari ini? Meh saya tolong buat kerja rumah.”

Suami yang selalu peka akan keadaan isterinya tentu sahaja suami idaman para isteri. Walaupun isterinya tak beritahu secara langsung, akan tetapi sebagai suami tentu sahaja jelas akan keadaan isteri hingga membuatkan dirinya sendiri akan membantu isterinya untuk melakukan kerja rumah. Nak-nak lagi jika isterinya seorang yang berkerja.

4. Bertanya akan hal kewangan.

“Duit belanja masih ada?”

Sebagai seorang suami yang merupakan ketua keluarga, tentu sahaja perlu ambil tahu akan perbelanjaan keluarganya. Di mana, dia tahu menunaikan tanggungjawabnya. Walaupun isterinya berkerja, akan tetapi dia masih menanggung segala perbelanjaan rumah malah tidak lupa akan duit nafkah buat isterinya. Suami macam inilah yang ramai isteri-isteri nak.

Jika suami anda bertanya 4 perkara ini, maka dia seorang yang penyayang dan sentiasa mahu yang terbaik buat anda. Jadi bersyukur jika anda bersama seseorang seperti ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen