Berpisah Bertahun-Tahun, Akhirnya Bertemu Kembali...

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala perjalanan jodoh itu tersangatlah tersusun rapi malah di luar jangkaan juga. Ada orang berkenalan, bercinta selepas itu berkahwin, malah ada juga yang berkenalan, bercinta, berpisah dan selepas itu berkahwin. Itu semua bergantung kepada setiap orang.

Bila mana anda berjumpa semula dengan bekas kekasih anda selepas anda move on dan melupakannya, jangan bimbang boleh jadi itu pertemuan semula. Jangan membenci dirinya, boleh jadi dia itu adalah jodoh anda yang hadir.

Nak-nak lagi kalau ketika itu anda masih lagi single dan sedang berusaha mencari jodoh, lalu bertemu kembali bekas kekasih, mungkin dia lah pasangan yang anda cari. Bukan semua orang yang berpisah itu bukannya kerana mereka ini tiada jodoh, akan tetapi mungkin jodohnya masih belum sampai lagi.


Begitu juga dengan orang yang pernah anda reject atau mereject anda. Jika anda bertemu kembali dengan dirinya, besar kemungkinan kalian mungkin berjodoh jika masing-masing mulakan langkah dari awal semula.



Boleh jadi perpisahan yang berlaku dulu adalah disebabkan kalian berdua masih belum matang. Di mana, masih tak tahu bagaimana nak berjuang mempertahankan dan kekalkan sebuah hubungan. Sebab itulah boleh berlakunya perpisahan. Malah kalian berjumpa selepas kedua-duanya berpisah dengan pasangan yang baru.

Bukan sekadar itu sahaja, pertemuan semula ini mungkin adalah peluang kedua buat kalian untuk memperbaiki hubungan yang lalu. Siapa tahu, masa ini hubungan yang pernah terputus jika disambung semula akan menjadi satu hubungan yang lebih matang dan lebih membahagiakan. Sebab itulah kalian dipertemukan semula.



Dia itu jodoh anda. Jangan terkejut kalau sebenarnya dialah jodoh anda yang anda cari-cari selama ini. Kalau dahulu mungkin sedikit kesilapan yang pernah kalian lakukan, tetapi kali ini adalah menyambung semula hubungan yang telah terputus dan jernihkan segala salah faham lalu.

Jangan tak percaya kalau anda bertemu kembali dengan orang yang lalu. Boleh jadi kehadirannya adalah yang ditunggu selama ini. Malah kehadirannya adalah berdasarkan sebab-sebab yang tidak dijangka oleh anda sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen