Kebahagiaan Bukan Datang Dari Suami Sahaja, Boleh Jadi Dari Anak & Orang Sekeliling

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang wanita itu bukanlah satu hal yang mudah. Nak-nak lagi apabila dirinya perlu berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan yang menguji hatinya yang lembut itu.Setiap perjalanan dan dugaan yang mendatang itu membuat hati yang lembut itu menjadi lebih tabah untuk mengharungi segalanya.

Mungkin bagi diantara kita, isteri itu perlu dilindungi akan tetapi tak semua bernasib baik. Jika anda salah seorang yang bernasib baik, maka bersyukurlah, akan tetapi jika anda sebaiknya maka hadapilah dengan ikhlas dan redha.


Sedikit perkongsian daripada Ustazah Asma Harun, mengenai suka duka kehidupan seorang wanita.

Ada seorang isteri, dengan air mata yang tidak pernah kering, sentiasa mendoakan kebaikan demi kebaikan buat suaminya. Bila ditanya kenapa terusan mendoakan kebaikan sedang sekarang segalanya begitu menyakitkan?

Jawapannya, beliau sedang cuba membina cinta kerana mencari redha Allah, bukan redha suami. Kedua, kerana yakin setiap doa yang baik merupakan satu ibadah walaupun belum nampak hasil setelah sekian lama, beliau yakin bahawa setiap doa yang tertahan digantikan dengan yang lebih baik daripada Allah, Alhamdulillah, sentiasa ada rezeki untuk dia dan anak-anak, mereka sentiasa saling berkasih sayang dan menguatkan. ketiga, baginya tidak ada satu pun usaha yang akan disia-siakan Allah, lambat atau cepat sahaja, jika tidak didunia insyaAllah di Syurga Allah. Dia mohon doakan agar terus kuat berdoa dan menjadi isteri yang baik buat suaminya.



Dahulunya mereka saling mencintai, suaminya seorang yang penyayang dan sangat prihatin, bahagia sekali wanita ini dikurniakan suami yang sempurna bagi dirinya. Susah payah membina kehidupan bersama 5 orang anak dirasakan sungguh indah. Namun sekelip mata suaminya mula berubah, meninggalkan solat, pemarah, bahkan sudah mulai memukul dan memaki hamun, sakit makan minum pakai sang isteri dan anak terabai sama sekali, suaminya dilamun cinta asmara yang merosakkan sehingga zina itu menjadi kebiasaan.

Wanita ini memilih untuk terus bertahan dalam rumahtangga yang dilihat sudah hancur, namun hatinya yang pecah sedaya upaya dicantumkan dengan kekuatan solat, doa, zikir dan alQuran. Dia sentiasa senyum sahaja, katanya.. Sumber bahagia bukan hanya daripada seorang suami, dia melihat dengan mata hatinya, dia nampak wajah anak, ibu ayah, adik beradik, kawan, jiran dll. Banyaknya nikmat Allah.. InsyaAllah doa yang baik-baik sahaja, akan dapat yang baik.

Kisah sebegini sangat banyak, tidak kurang juga suami yang bersabar dengan kecurangan isteri. Semuanya bermula dengan mata yang tidak dijaga, lidah mula berkata-kata, telefon lah penghubung segalanya.. Maksiat dirasakan Indah lalu ketagihan.

Nauzubillahi min zalik ya Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen