Bila Sudah Punyai Kekasih, Usah Lupakan Sahabatmu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sahabat adalah seseorang yang sentiasa ada untuk kita di waktu susah dan senang. Sahabatlah yang menjadi peneman, mendengar dan tempat untuk kita mengadu. Ada orang punyai ramai kawan tetapi tiada satu pun yang boleh dipanggil sahabat. Ada orang tak punyai ramai kawan, tetapi dia ada sahabat yang selalu ada untuknya.


Dalam hidup ini, biasalah, akan sampai suatu masa kita semua akan bertemu dengan pasangan kekasih, bercinta dan kemudian membina rumahtangga. Namun jangan pula kita lupakan sahabat setelah mempunyai pasangan kekasih kelak. Ini adalah perkara biasa, sebelum adanya kekasih, waktu yang diluangkan bersama sahabat adalah banyak. Selepas punyai kekasih, bukan sahaja masa bersama sahabat kurang, tetapi langsung tidak ada.



Maksudnya, sahabat dilupakan begitu sahaja kerana terlalu sibuk melayan pasangan kekasih sedangkan dulu sahabatlah yang menemani ke mana sahaja langkah kaki anda. Walaupun tidak bersuara, tetapi pastinya sabahat anda berkecil hati dan berasa sedih kerana dia sudah tidak punyai teman suka duka seperti dulu. Tatkala dia ada masalah, tidak tahu mahu diluahkan kepada siapa lagi.

Tidak salah mempunyai kekasih, namun janganlah sampai tiada masa untuk sahabat. Kenangilah waktu-waktu indah bersamanya dulu, jangan mudah terlupa tentang semua itu. Bercinta tidak semestinya perlu menyekat hubungan anda dengan sahabat. Bayangkan jika suatu masa anda ditakdirkan berpisah dengan pasangan kekasih, pasti anda akan mencari sahabat itu semula. Bagaimana jika waktu itu dia pula sudah pergi jauh dari anda dan tidak lagi punyai masa untuk sahabat seperti anda?



Hargailah apa yang pernah membuat kita gembira dan bahagia. Bukannya setelah mendapat kebahagiaan baru, dilupakan kebahagiaan lama iaitu bersama sahabat suatu ketika dahulu. Bahagilah masa dengan sebaiknya agar tidak menyinggung perasaan sahabat anda sehingga dia berkecil hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen