Cari Suami Jangan Lihat Pada Kerjanya Sahaja, Tapi Lihat Pada Usahanya Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, tentu sahaja anda telah berfikiran jauh bukan mengenai masa depan anda. Malah anda juga berfikir dengan lebih teliti bagaimana calon pasangan yang menjadi idaman anda bukan. Ini kerana, seorang wanita perlu berhati-hati dalam memilih calon pasangan.


Ramai wanita yang akan memilih calon pasangan yang sudah memiliki perkerjaan yang stabil, kalau boleh gaji bulanan yang lumayan atau paling kurang pun adalah mereka yang berkerja dalam sektor kerajaan. Barulah boleh kata bahawa masa depan akan lebih cerah dan hidup anak-anak kelak akan lebih terjamin.

Tak cukup itu sahaja, ramai juga wanita yang akan memandang dari segi kenderaan juga. Di mana, kalau guna kereta berlambangkan ‘H’ tentu sahaja wang ringgi berkepuk-kepuk, sedangkan yang banyak hanyalah hutang keliling pinggang. Orang kata, asalk bergaya naik kereta sedap sahaja bukan tanda seseorang itu memiliki hidup yang selesa dan mewah.



Dalam memilih calon pasangan itu, kadang kala jangan nak tengok sangat akan perkerjaannya ataupun kenderaan yang dinaikinya. Akan tetapi cuba lihat usahanya untuk mencari rezeki dan menghalalkan anda. Malah, tak lupa juga usaha dirinya yang menyayangi dan setia pada anda, itu sebenarnya lebih penting dari segala harta benda dan kekayaan.

Memang betul, jika hanya dipenuhi dasar cinta dan kasih sayang sahaja, hubungan itu tak akan bahagia. Malah kini semua perkara lebih memerlukan wang ringgit. Bukan suruh tengok cinta dan kasih sayang sahaja, akan tetapi cuba lihat juga usaha yang dirinya lakukan.



Ada orang kata, selagi belum mempunyai perkerjaan yang tetapi, belum ada harta sendiri tak boleh kahwin.

Anda silap sebenarnya, bukan itu yang penting. Yang pentingnya adalah usahanya untuk mencari rezeki yang halal. Sikit-sikit pun, kalau dia berusaha dengan gigih tentu akan membuahkan hasil sebenarnya. Rezeki akan datang lebih banyak kalau suami anda itu tahu bagaimana menjaga hati dan perasaan suaminya. Sebab itulah pentingnya, cari bakal suami yang rajin berusaha. Jika gajinya sedikit, tapi kalau usahanya banyak tentu akan dapat banyak bukan?



Jadi, jangan pandang remeh akan lelaki yang belum mempunyai kerja tetap. Akan tetapi lihat segala usaha yang dirinya telah lakukan. Kerana dari usaha itulah anda boleh lihat kesungguhan dari seorang lelaki.

Jangan anggap lelaki tak ada duit tak boleh kahwin, tetapi lihat usaha dirinya untuk mencari kerja dan berkerja. Itulah yang lebih penting.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen