Kalau Nak Kahwin Cepat, Orang Perempuan Pun Kenalah Permudahkan Urusan & Bantu Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau cakap pasal kahwin ini, tentu orang perempuan akan lebih laju nak katakan pasal topik ini. Mana tidaknya, orang perempuan kalau kahwin lambat sikit dia yang akan bimbang sekali. Sebab itu, dalam hubungan mereka ini lebih cepat mendesak pasangan untuk segera masuk meminang.

Sebabnya orang perempuan ini lebih banyak overthinking berbanding orang lelaki. Tak cukup dengan itu sahaja, mereka ini juga bimbang kalau kahwin lambat nanti pasangan mereka ini berubah hati.


Bila cakap pasal bab kahwin ini, bukan hanya orang lelaki je kena fikirkan. Tak kiralah bab hantaran ke, jumlah majlis perkahwinan ke ataupun tugas nak cari segala kewangan. Kan nak kahwin ini berdua, bukannya orang lelaki seorang, jadinya tentu tugas kena bahagi sama.



Selalunya bila cakap pasal ini tentu ramai akan cakap bahawa ini adalah tugas lelaki. Dia yang patut sediakan hantaran, dia patut sediakan rumah dan keselesaan buat pasangan selepas kahwin. Orang lelaki juga kena berkerja keras kumpul duit kahwin sampai tak jaga kesihatan malah melakukan dua tiga kerja.

Orang perempuan pula lebih kepada apa? Merunggut bila lelaki nak masuk minang, nak hantaran puluh-puluh ribu malah nak terus hidup selesa selepas kahwin. Semuanya ikut angan-angan dia sahaja. Dia tak fikir orang lelaki dah habis kerah tenaga nak kumpul duit kahwin macam yang dia mahukan. Tapi itu tak cukup, macam mana pelamin dan juga perbelanjaan majlis pula nanti.

Aih, pening kepala.

Apa kata, bila anda teruja nak berkahwin itu cubalah ringankan sedikit bantuan pasangan anda itu. Ini anda nak kahwin cepat tapi tak nak hulurkan sedikit bantuan pun pada pasangan anda. Bukan ke kesian pasangan anda itu.



Tak nak buat dua tiga kerja, tak apa ada cara sebenarnya nak ringankan beban pasangan.

Apa yang boleh anda buat adalah;

• Simpan sama-sama wang kahwin.
• Pujuk ibu bapa untuk minta hantaran yang sederhana tak bebankan pasangan.
• Tak mengapa kalau tak buat majlis besar-besar, buat apa yang perlu sahaja.
• Tak kisah hidup susah dahulu selepas kahwin.

Walaupun anda cuma lakukan sedikit ini sahaja, tetapi ia besar nikmatnya buat pasangan anda. Bukan itu sahaja, anda pun dapat kahwin cepat juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen