Hati-Hati Dalam Memilih, Jangan Tersalah Pilih.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentunya ingin hidup bersama pasangan dengan bahagia. Bina keluarga bersama malah melihat anak yang didik itu membesar sama-sama. Tak cukup itu sahaja, kalau boleh perkahwinan yang bakal terbina ini akan menjadi sekali seumur hidup sahaja. Tak ada yang kedua atau ketiga.

Kalau boleh perkahwinan yang terbina ini bebas dengan niat yang tersembunyi. Kalau sayang, sama-sama sayang. Malah ikhlas dengan pasangan bukannya ada agenda yang tersembunyi yang akan melukakan hati pasangan.


Perkahwinan ini bukan satu perkara yang menakutkan mereka-mereka yang bujang. Jika teliti, perkahwinan ini cukup melengkapi hidupa seseorang. Di mana, dari seorang diri kini anda ada pasangan yang sanggup susah senang, seterusnya ditambah pula dengan anak-anak yang comel menjadi pengikat keluarga bahagia.

Itu jika penyeri hidup, jika rezeki pula tentu sahaja akan selalu ada jalan dan cara untuk menambah rezeki yang ada. Seorang suami boleh mendapat rezeki yang banyak dari cara dia melayani isterinya. Begitu juga isteri, jika taat pada suaminya tentu akan dibuka pintu rezeki buat dirinya. Penambahan anak-anak juga menjadi punca rezeki yang meluas.



Seronok jika bercakap pasal perkahwinan yang bahagia ini, akan tetapi satu sahaja masalah jika anda belum berkahwin. Masalah dia adalah, bagaimana anda mencari jodoh yang tepat?

1. Jangan terburu-buru dalam memilih.

Bukan mereka yang baru kenal dua tiga bulan dah kahwin, bukan itu. Anda tak yakin pun dia itu jodoh anda. Anda hanya merasakan dia yang datang itu jodoh anda. Malah anda memilihnya pun kerana rakan-rakan anda sudah berkahwin dan umur anda meningkat. Anda memilihnya kerana nak tutup mulut orang lain.



2. Niat untuk berkahwin.

Apa tujuan anda untuk berkahwin? Untuk mendapat keredhaan Allah bukan? Jadi mengapa ada niat yang tersembunyi. Sebagai contoh, niat anda berkahwin dengannya kerana dia kerja kerajaan, nak tumpang senangnya malah ada juga yang berkahwin kerana nak tamatkan zaman bujang sahaja. Bukannya berkahwin kerana Allah.



3. Perbaiki diri.

Macam mana anda nak pasangan anda, maka anda juga perlu jadi macam apa yang anda mahukan itu. Jangan hanya berharap ia adatang dari pasangan, sedangkan anda sendiri pun tak mahu berubah dengan apa yang patut anda lakukan.

Sebelum anda bernikah, perbaiki dahulu apa yang perlu. Betulkan niat anda, jangan pandang bahawa perkahwinan ini hanya semata-mata untuk keduniaan sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen