Bila Keluarga Si Dia Tak Suka Akan Kehadiran Anda Sebagai Pasangan Anaknya, Ini langkah Bijak Untuk Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak semua keluarga pasangan akan senang akan kehadiran anda. Walaupun pasangan anda itu telah puji sebaik mungkin mengenai anda, tapi kalau mereka tak berkenan sudah tentu bukanlah satu petanda yang baik.

Biasanya kerana anda terlalu cintakan pasangan, anda sanggup je tahan dahulu dengan kerenah keluarga pasangan, malah ada juga yang memilih untuk pejamkan mata sahaja semua perkara itu. Mana tahu lama ke lamaan akan terima anda dengan baik.


Jika anda berdepan dengan situasi sebegini, tentu sahaja anda perlu ambil langkah segera dan bijak.

Cuba ambil hati dahulu.

Beri masa kepada anda dan dirinya untuk terima antara satu sama lain. Pada waktu ini anda berusahalah sedikit ambil hati keluarga anda. Di mana, tahu apa yang dia suka dan tidak. Alah, pikat hati keluarga mertua, tentu anda lebih arif akan perkara sebegini. Tapi pada masa yang sama jangan letak harapan tinggi sangat.



Jangan hasut pasangan.

Kalau keluarganya tak suka akan anda, biarkan sahaja. Jangan anda libatkan pasangan anda akan hal ini. Bahkan kalau boleh jangan mengadu apa pun dekat pasangan anda. Macam yang anda tak selesa dengan keluarga anda ataupun rasa keluarga anda tidak menyukai anda. Jika anda mengadu atau menghasut pasangan, dari sini boleh nampak akan keburukan diri anda pula.

Putuskan hubungan.

Apabila sampai satu masa, di mana keluarganya masih tak boleh terima anda bahkan masa yang diberikan cukup lama jadi anda patut ambil tindakan ini. Tidak hanya itu sahaja, anda patut lihat kelakuan keluarga pasanngan yang melukakan hati anda. Kalau rasa tak boleh tahan atau terima lebih baik anda angkat kaki.



Mungkin bagi anda ini bukan satu pilihan yang terbaik kerana anda begitu menyayangi pasangan. Akan tetapi anda perlu sedar bahawa hubungan baik antara menantu dan mertua ini adalah perkara penting. Ia akan menjejesakan hubungan anda dengan pasangan nak-nak lagi selepas kahwin.

Anggap sahaja anda tidak berjodoh dengan si dia dan berharap bahawa anda berjumpa dengan keluarga yang boleh menerima anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen