Jangan Membenci Bila Cinta Kena Reject.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Sampai hati dia tak nak aku...”

“Sampai hati dia pilih yang lain...”

“Siap lah dia, jangan ingat dia boleh bahagia...”

“Kalau aku tak dapat, jangan harap orang lain boleh dapat...”

Bila kena reject oleh seseorang tentu anda akan rasa kecewa, marah, berdendam malah membenci dirinya bukan. Ala, ini kira sama kes macam putus hubunganlah. Cuma yang ini belum sempat nak berkasih sayang dah kena reject dah.

Banyak orang, bila kena reject atau putus hubungan akan menyimpan satu perasaan yang tak baik. Di mana, biasanya merasakan bahawa perkara ini tak adil dan macam-macam lagi. Semuanya dipandang dari sudut yang negatif, nak pandang sudut yang positif memang taklah kan cerita dia.




Jangan benci orang yang reject cinta anda...

Mana tahu dia itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk anda. Bahkan anda sepatutnya mendapat jodoh yang terbaik buat diri anda. Mana tidaknya, orang yang baik akan berjodoh dengan mereka yang baik. Anda kan seorang yang baik kerana terima tolakan dengan hati yang terbuka.

Tak hanya itu sahaja, ini juga petanda dia itu bukan jodoh anda. Kalau dia terima anda sekarang pun belum tentu lagi dia akan buat anda bahagia, belum tentu lagi dia akan kekal bersama anda selamanya. Sebab itulah dia tolak anda awal-awal, sebab dia itu bukan jodoh yang akan setia dia sisi anda selamanya.



Kenapa jangan benci mereka ini...

Kalau anda memberi orang yang pernah tolak cinta anda, ia akan menjadi satu titik hitam dalam hati anda. Lama kelamaan ia akan merosakkan diri anda sendiri. Jadi macam mana anda nak dapat pasangan yang baik, sebabnya anda sudah menyimpan sesuatu yang jahat dalam diri anda.

Anda harus percaya akan ketentuan Allah. Di mana dia akan menyediakan yang lebih baik buat anda. Allah tahu mana yang terbaik, jadi jangan kecewa mahupun menyimpan dendam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen