6 Sebab Lelaki Akan Diam.

Benarkah lelaki lebih diam berbanding wanita? Ataupun mereka hanya akan mendiamkan diri apabila ada perkara mengganggu fikiran atau hatinya? Tiada kajian atau fakta boleh menunjukkan lelaki lebih pendiam berbanding wanita. Ini kerana, becok atau pendiam bergantung kepada perilaku seseorang manusia. Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.



1. Dilanda masalah.

Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.


2. berbicara soal perkahwinan.

Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.




3. Putus cinta.

Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya didustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.


4. Balik rumah mertua.

Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik nasihatkan sedikit agar tidak dianggap kera sumbang.




5. Terjumpa bekas kekasih.

Apabila dia sedang berjalan dengan isteri ataupun kekasih hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasihnya. Oh, lidahnya kelu untuk berbicara. Mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu. Anda wanita, jangan mudah melenting.


6. Apabila rahsia terbongkar.

Semua lelaki mengalaminya. Terdiam jika tembelang sudah pecah. Bagi lelaki yang berdolak- dalih, cuma mendiamkan diri selama beberapa minit sebelum mencipta seribu alasan tetapi bagi yang gentlemen, dia lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit. Jika pasangannya sudah cool, barulah dijelaskan keadaan yang sebenar. Pasangan anda pula bagaimana?

Apabila dia sedang berjalan dengan isteri ataupun kekasih hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasihnya. Oh, lidahnya kelu untuk berbicara. Mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu. Anda wanita, jangan mudah melenting.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen