Bila Suami Tak Nak Mendengar, Isteri Kena Selalu Hantar Pesanan Luah Perasaan Pada Suami Bukan Luah Pada Orang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wahai isteri, jangan mudah nak luahkan perasaan kepada rakan-rakan anda. Ini kerana anda tidak tahu sama ada rakan-rakan anda itu mempunyai niat yang baik terhadap anda atau tidak. Anda tak tahu jika dirinya itu tidak amanah memegang segala cerita anda. Boleh jadi hari ini anda kongsi esok lusa semua orang tahu kisah anda.


Wahai isteri, jangan mudah nak luah segala rasa tak puas hati anda kepada media sosial. Mungkin anda lihat ramai yang memberi kata semangat dan nasihat, akan tetapi anda tak sedar berapa ramai pula yang mendoakan agar rumah tangga anda itu hancur. Tak semua orang suka melihat anda bahagia, malah semua orang suka membaca aib anda suami isteri.

Kalau rasa tak puas hati, marah malah kecewa dengan pasangan, jangan beritahu orang lain tetapi beritahu pasangan kerana dia yang paling berhak tahu. Dia adalah tempat segala luahan yang terbaik sebenarnya, tak kiralah ketika anda puas hati ke tidak, kongsi segalanya kepada pasangan anda.



Dia tak mahu dengar dan selalu abaikan anda?

Hantar pesanan yang panjang kepadanya. Di mana, segala pesanan itu bertulis mengenai rasa tak puas hati anda kepadanya. Tulis secara jelas agar tiada salah faham agar dirinya faham dengan apa yang anda mahu sampaikan. Dia tak ambil peduli?

Siapa kata dia tak ambil peduli, dia mambacanya dengan jelas dahn faham akan perkara tersebut akan tetapi dia lebih memilih untuk membiarkannya. Namun ini adalah cara yang lebih baik bukan dari orang lain tahu mengenai masalah rumahtangga anda. Walaupun tiada respon atau tindak balas darinya, tapi dia faham dan dia membacanya.



Boleh jadi juga yang dia itu akan cuba memperbaiki segala silap dan salahnya, cuba beri masa dan jangan terlalu mendesak pasangan anda. Setiap orang yang nak berubah ini perlukan masa bukan, jadi jangan terlalu terburu-buru okay.

Wahai isteri, setiap apa yang anda rasakan itu luahkan pada suami anda. Jika dia tak mahu mendengar kata-kata anda, biarkan dia membaca pesanan anda. Ini yang lebih baik sebenarnya. Mana tidaknya, ia akan menjaga aib anda suami isteri malah orang ketiga juga sukar untuk menghasut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen