Jangan Work Out Sahaja, Tambah 5 Jenis Buah Ini Dalam Makanan Harian Anda. Ia Terbukti Membantu Turunkan Berat Badan, Bakal Pengantin Kena Cuba Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari persandingan semakin hampir, jadi rata-rata bakal pengantin tentu sahaja sedang berusaha untuk kuruskan badan bukan. Mana tidaknya nak dapatkan badan yang ideal semasa bersanding nanti, barulah orang tengok lawa sahaja.


Itu yang ketika ini ramai yang sibuk buat senamanlah, work outlah malah berdiet. Tapi ramai yang sebenarnya kurang menjaga pemakanan dalam mendapatkan berat badan yang ideal ini. Bukan itu sahaja, ramai yang tak tahu memilih buah yang sesuai turut membantu dalam proses penurunan berat badan.

Ini 5 jenis buah yang terbukti membantu untuk proses penurunan berat badan.

1. Avokado

Avokado merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan gula yang rendah, tapi tinggi lemak sihat. Jadi bagi siapa yang ingin menurunkan berat badan, avokado boleh menjadi pilihan sebagai pilihan buah yang mampu membuat anda rasa kenyang.



2. Strawberi

Rasa buah ini memang tak terlalu manis, satu cawan strawberi hanya mengandungi 50 kalori. Selain kaya serat, buah warna merah juga kaya vitamin C yang baik bagi kesihatan.

3. Limau/ Oren

Limau atau oren memang tinggi gula, tapi lebih baik makan limau/ oren daripada jus lain. Selain itu buah ini kaya vitamin C juga kaya serat.



4. Epal

Ramai yang mengamalkan makan epal untuk menurunkan berat badan kerana epal terkenal dengan seratnya yang tinggi yang lambat dicerna supaya si pemakan tidak mudah merasa lapar.

5. Delima

Cara paling tepat untuk mengonsumsi adalah dengan menjadikan buah ini sebagai jus kerana seluruh kandungan di dalamnya seperti polifenol, potasium, antioksidan dapat dinikmati oleh tubuh anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen