5 Kewajipan Utama Yang Perlu Ada Pada Bakal Suami Sebelum Menikah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum berkahwin, banyak persediaan perlu dilakukan, nak-nak lagi orang lelaki. Mana tidaknya, sebagai ketua keluarga anda perlu memberikan contoh yang baik buat isteri dan anak-anak anda kelak. Bukan ke isteri yang baik itu hasil didikan suami, maka dengan itu suami-suami perlu penuhkan ilmu didada dengan ilmu agam dan juga perkahwinan ini.


Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir ra yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya untuk menghasut manusia melakukan kejahatan. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah melakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis pun menjawab : ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.”

Nabi sallallahualaihi wasallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku telah mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan dalam keadaan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis pun memanggilnya agar dia dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)

1- Mempelajari ilmu rumahtangga dari orang lain

Nak belajar ilmu berumahtangga ni tak susah. Jika ada kawan baik, saudara mara mahupun adik beradik yang agak rapat untuk berbincang segala benda tanpa segan, maka tanyalah pada mereka tentang ilmu rumahtangga ini. Paling penting tanyakan pada mereka yang telah lama berkahwin dengan kehidupan yang tampak bahagia. Jangan pula di tanya pada sesiapa yang rumahtangganya sendiri nampak sedang berada di ambang penceraian.



2- Banyakkan pembacaan tentang kehidupan berkeluarga

Anda juga boleh membeli buku-buku berkaitan ilmu rumahtangga yang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Jika kurang modal untuk membelinya anda boleh saja ke mana-mana perpustakaan negeri dan bolehlah cari bahan bacaan yang berkaitan. Paling senang baca saja perkongsian dari mana-mana website atau blog sebagai contoh website Bidadari.my ini sendiri.

3- Bersedia untuk memberi komitmen yang padu pada si isteri

Setelah rasa ilmu sudah semakin cukup maka tanyalah pada diri sendiri sama ada sudah benar-benar bersedia untuk beri komitmen yang padu dan penuh pada bakal isteri. Jika ya ini bermakna anda sudah semakin bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.



4- Menikahi si wanita atas dasar agama bukannya nafsu

Perkara penting perlu diberi perhatian ada pada nawaitu diri sendiri. Sila pastikan anda berkahwin atas dasar agama kerana Allah SWT bukannya kerana nafsu semata-mata. Ini penting demi memiliki rumahtangga bahagia yang kekal lama. Jika sekadar berkahwin kerana nafsu tidak mustahil rumahtangga itu akan goyah dengan mudah.

5- Menikahi kerana inginkan satu hubungan yang suci untuk memiliki zuriat sendiri

Menikahi mana-mana wanita dengan cara yang baik untuk memiliki hubungan yang suci adalah satu sikap yang terpuji. Ini bukan saja untuk menghalang daripada berlakunya maksiat sebaliknya ia boleh dijadikan sebagai langkah awal untuk memiliki zuriat sendiri yang akan di bentuk bersama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. InshaAllah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen