Masam Manis Dalam Bahtera Rumahtangga…

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan yang terbina atas dasar cinta sememangnya sangat indah dan teruja untuk dilalui. Jika sebelum ini hanya bercakap melalui telefon sahaja, kini sudah boleh bercakap meluahkan apa sahaja di depan mata. Duduk serumah, makan semeja, tiap-tiap hari hadap muka si dia.


Bagitu juga perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta. Mungkin pilihan keluarga, atau sebagainya. Kehidupan yang sama juga dilalui oleh mereka. Yang membezakan hanyalah kebahagiaan yang belum dirasai disebabkan keadaan masih baru. Masih dalam waktu untuk menerima dan redha. Namun itu sepatutnya tidak menjadi punca keretakan rumahtangga. Berikan ruang untuk masing-masing saling mencinta.



Perkahwinan bukanlah suatu yang mudah. Ianya memerlukan persediaan, persiapan dan pengetahuan untuk melayari bahtera bersama pasangan. Tanpa ilmu pengetahun, pelayaran itu boleh jadi tersasar ke sana ke mari kerana tidak dituntun dengan baik oleh ketuanya. Kematangan juga penting untuk memastikan setiap keputusan dibuat dengan tenang dan tidak melulu. Tersilap langkah sikit sahaja, akan menyusul penyesalan yang tiada berkesudahan.



Dalam kehidupan berumahtangga, ianya jauh berbeza dengan di zaman sewaktu bercinta. Ianya memerlukan tanggungjawab yang lebih berat tidak kira suami atau isteri. Cara kita mengawal rumahtangga akan menentukan penghujungnya baik atau tidak. Usahlah terlalu tegas dengan keluarga, berpada-pada sahaja dalam segala urusan. Bimbang nanti ketegasan yang melampau akan menyebabkan anak dan isteri menjauh.



Dalam rumahtangga juga pasti ada pergolakan. Di situlah terujinya kita sebagai seorang yang sabar dan kuat atau sebaliknya. Jika kita tidak cepat melatah, pasti ada penyelesaian dan pertolongan dari Nya. Jika kita lalai, semuanya boleh musnah dalam sekelip mata sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen