4 Sebab Perkahwinan Ini Mengubah Hidup Anda Tetapi Menyeronokan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bahagianya alam perkahwinan ini memang tak dapat nak digambarkan melalui kata-kata. Kalau tidak mana mungkin semua orang bujang sekarang ini sedang berusaha mencari calon suami atau isteri. Ini kerana, mereka tahu bahawa perkahwinan ini adalah salah satu cara yang membawa kebahagiaan dalam hidup mereka.

Momen perkahwinan menjadi momen yang sangat penting dalam hidup setiap orang. Melalui perkahwinan seseorang akan menjadi lebih matang malah bijak dalam menguruskan masalah. Tidak hanya itu, melalui perkahwinan juga seseorang dapat merasakan kehidupan yang berbeza ketika bujang.


Selepas berkahwin, kehidupan yang anda lalui akan berubah, dari satu masa ke satu masa. Malah ada juga yang berubah dari satu tahap ke satu tahap yang berbeza. Namun itu semua adalah perkara yang memberi anda lebih banyak pengalaman dan kematangan dalam hidup.

Mengapa perkahwinan ini mengubah hidup seseorang?

1. Rutian harian yang berbeza.

Ketika anda bujang, mungkin anda hanya akan tumpukan hidup anda dengan dunia anda sendiri sahaja, akan tetapi selepas berkahwin, anda akan ada pasangan yang mana kena berkongsi cerita, aktiviti malah ada juga yang berkongsi rutian harian. Itu belum lagi jika dah jadi ibu dan bapa, tentu hidup akan terus berubah.



2. Menyatukan dua orang yang berbeza bukannya mudah.

Perkahwinan ini adalah menyatukan dua jiwa menjadi satu. Di mana, mungkin isterinya seorang yang pendiam akan tetapi suaminya seorang yang banyak cakap. Sudah tentu isterinya akan kurang selesa dengan segala cerita yang suaminya kongsi begitu juga dengan suami yang tak selesa tanpa teman berbual. Akan tetapi dengan perkahwinan, mereka ini mampu menerima antara satu sama lain. Isteri mampu terima suasana yang bising, suami pula mampu terima suasana yang tenang.



3. Setiap ujian itu akan mendewasakan anda.

Bila dah kahwin ini macam-macam ujian akan boelh jadi. Ujian dari pasangan, dari keluarga mertua, dari rakan-rakan dan macam-macam lagi. Namun begitu, setiap ujian yang anda lalui dan tempui itu akan membuatkan anda lebih matang, malah membuatkan anda lebih berfikiran yang matang dan terbuka.



4. Masalah kewangan akan menjadi lebih rumit.

Kalau selama ini segala kewangan anda itu mampu penuhi keinginan anda, akan tetapi selepas berkahwin berlainan pula. Di mana, anda perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan, tak boleh boros malah kena fikir akan masa depan. Itu kalau yang mencukupi kalau yang tak mencukupi tentu sahaja kena lebih berkerja keras untuk dapatkan wang dan berjimat cermat.

Namun begitu, semua ini akan membuatkan perkahwinan ini sangat menyeronokkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen