Kenapa Perempuan Ada Lebih Dari 3 Batang Lipstick?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita pasti akan milik sekurang-kurangnya sebatang gincu atau lipstick. Bagi yang tidak suka mekap atau sejenis yang tidak mencalit mekap langsung pun pasti ada satu lip balm untuk melembapkan bibir agar tidak kelihatan kering. Apalagi wanita yang suka mengenakan mekap, pastinya dia miliki lebih dari 3 batang mekap dalam simpanannya. Untuk apa ada banyak-banyak?


Sebenarnya gincu ada banyak jenis. Ada yang jenis Matte (kering), Liquid (cair), Long lasting, dan banyak lagi. Bagi mereka yang suka mekap, mereka pasti lebih kenal jenis-jenis gincu ini. Walaubagaimanapun, meski tidak suka bermekap, ada juga segelintir wanita yang mempunyai pelbagai jenis gincu dan gunakannya pada waktu dan situasi yang berlaian.



Sebagai contoh, gincu yang jenis matte digunakan semasa menghadiri majlis-majlis penting seperti majlis makan malam tahunan, dan sebagainya. Ini kerana gincu jenis itu tidak mudah tanggal walaupun selepas makan. Jadi, tidak perlulah anda top up gincu anda setiap masa. Gincu jenis matte yang agak pekat dan kering apabila disapu ke bibir membuatkan ianya senang dibentuk.



Selain itu, ada wanita yang jenis simple dan hanya memiliki satu jenis gincu sahaja iaitu lip balm. Lip balm pula terbagai kepada dua, ada yang berwarna, ada juga yang tidak menerbitkan warna. Kadua-duanya memberi kesan dan fungsi yang sama iaitu untuk melembapkan bibir. Biasanya bagi mereka yang hanya memiliki satu lip balm sahaja, mereka akan mengenakan lip balm yang berwarna kerana di samping melembapkan bibir, lip balm itu juga memberikan warna supaya bibir tidak kelihatan pucat.

Tidak kira apapun kerjaya anda, sebagai wanita anda perlu miliki sekurang-kurangnya satu lip balm di dalam beg. Meskipun anda bukan seroang yang mementingkan kecantikan wajah, tetapi paling tidak, berilah ruang kepada bibir anda untuk tidak kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen