Wanita! Waspada Jerat Lelaki Materialistik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, tentu sahaja anda takut jika tersalah memilih pasangan hidup. Ini kerana, jika seorang wanita tersalah memilih pasangan hidup, dia akan menjadi mangsa dan bukannya mendapat tempat pelindungan terbaik buat dirinya.

Mana-mana wanita, tentu sahaja mahu seorang lelaki yang ikhlas dengan dirinya, bertanggungjawab serta menjadi seorang pelindung yang baik buat dirinya. Akan tetapi, tidak semua wanita akan mendapat apa yang mereka mahukan. Ada yang diuji malah menguji dalam sebuah perkahwinan.


Jika selalunya wanita dikaitkan dengan materialistik jika memilih pasangan yang lebih berharta sedikit, namun begitu, ada juga lelaki yang mempunyai sikap yang sama dengan memilih wanita yang berkerjaya sebagai pasangan hidup.
Namun jika anda tidak mahu didekati dengan orang seperti ini, maka anda perlu berhati-hati dengan memilin pasangan hidup anda.

1. Tidak ada kerja yang tetap.

Ini paling utama dan mudah untuk dilihat. Mereka yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita ini biasanya tidak mempunyai kerja yang tetap, malah mereka ini juga tidak berusaha untuk mencari kerja. Apa yang mereka tahu adalah meminta wang daripada wanita tanpa segan silunya. Malah dirinya langsung tidak kelihatan seorang lelaki yang gentlemen.



2. Sering minta anda yang belanja dirinya.

Jika dia selalu tiada wang, malah selalu mengharapkan anda yang membayar segala perbelanjaan, tentu sahaja bukan kerana dia mempunyai gaji kecil ataupun ingin menyimpan duit kahwin, akan tetapi dia sememangnya mahu menggunakan duit anda. Ini kerana, jika seorang lelaki yang betul-betul menyukai anda dan ikhlas bersama dengan anda, walaupun dia mempunyai wang yang sedikit sekalipun dia tak akan mengharapkan duit dari anda.

3. Pinjam duit anda.

Terlalu kerap sangat meminjam wang anda pun salah satu tanda bahawa dia ini sedang mempergunakan anda. Di mana, kejap pinjam untuk memajukan bisnesnya, malah kejap pinjam sebab mak atau ayahnya sakit. Malah ada juga yang akan menyuruh anda melakukan pinjaman peribadi semata-mata untuk membantu dirinya. Ini yang paling kena berhati-hati.



4. Bijak bermain kata-kata.

Mereka ini selalunya bijak dalam memberi kata-kata. Orang kata mulut mereka ini terlalu manis dalam memberi pujuk dan rayu. Itu yang membuatkan ramai wanita yang percaya dan termakan dengan kata-katanya itu. Sedangan segala janji manisnya itu hanyalah untuk mengaburi hati dan perasaan anda sahaja.

5. Alasan demi alasan.

Sentiasa memberikan alasan yang kadang kala tak masuk akal atau membuat anda terpaksa menunggu dirinya. Sebagai contoh, jika anda mengajaknya berkahwin, tetapi alasan yang diberikan kadang kala membuatkan anda sanggup menunggu dirinya, sedangkan itu semua hanya sekadar alasan semata-mata.

Mereka yang mata duitan atau metrialistik ini bukan hanya tertumpu kepada wanita sahaja, lelaki juga sekarang ini banyak yang seperti ini. Jika anda tidak dapat mengenal ciri-ciri mereka sebelum kahwin, tentu anda akan jelas melihat sikapnya ini selepas kahwin. Hati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen