Jangan Tak Percaya, Rajin Gunakan Emoji Teks Mampu Segera Dapat Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ini bukan datang bergolek, nak dapatkan jodoh tentu sahaja perlu berusaha. Dah ada seseorang yang semakin rapat dengan anda, tentu sahaja anda perlu lebih berusaha keras untuk dapatkan hatinya. Paling penting jangan cepat mengalah.

Nak lebih mudah seseorang itu semakin tertarik dengan anda, jangan lupa letak emoji dalam teks dan pesanan anda. Selain nampak seperti teruja dan ingin segera membalas teks atau pesanan anda, ia sebenarnya membantu mendekatkan hubungan anda lagi.


Tahukah anda bahawa emoji ini bahasa cinta, dimana terdapat satu kajian baru yang menghubungkan antara penggunaan emoji dan kemampuan mereka untuk mendapatkan pasangan kekasih.

Kajian yang telah diterbitkan dalam PLOS One, Ogos 2019 mendapati bahawa orang yang sering menghantar emoji ketika menghantar mesej ini mempunyai kehidupan cinta yang lebih berwarna warni dan lebih mudah untuk memulakan satu hubungan cinta.



Begitu juga para pengkaji di The Kinsey Institute yang telah menjalankan survei pada lebih 5000 peserta tentang penggunaan emoji dan pengalaman romantis dan keintiman mereka selama setahun. Mereka menyimpulkan bahawa pengguna yang menggunakan emoji lebih kerap cenderung untuk menjalin hubungan dengan pasangan mereka.

“Kajian kami menunjukkan bahwa penggunaan emoji dengan potensi menjadi pasangan kekasih dikaitkan dengan mempertahankan hubungan setelah dating pertama, dan lebih banyak berinteraksi romantis dibandingkan tahun sebelumnya,” kata laporan itu.

Kesemua ini berkait rapat dengan persepsi dan psikologi. Sepperti yang anda semua tahu, ketika menghantar pesanan atau teks, orang tidak dapat mengagak mood pengirim sama ada dia sedang marah, bahagia, sedih atau sebagainya. Maka dengan itu, menggunakan emoji, penghantar mesej itu boleh berkongsi mood yang ditunjukkan semasa menghantar mesej.



Jelas para pengkaji, menggunakan emoji dalam komunikasi digital ini bukan sahaja membuatkan perbualan lebih seronok, tetapi ia juga akan lebih kreatif serta tidak membosankan. Ini kerana, menghantar senyuman atau melihat senyuman orang lain akan lebih seronok dan terbuka.

Jika anda seorang yang sedang mencari cinta, jangan lupa untuk selitkan sedikit emoji dalam perbualan anda. Namun begitu, anda dinasihatkan agar tidak menggunakan emoji terung dalam perbualan yang masih baru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen