Selagi Belum Kahwin, Jangan Kongsi Perkara Yang Tak Sepatutnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta, ramai orang yang tidak berfikir panjang menganai apa yang mereka lakukan. Terutama berkaitan dengan berkongsi hal yang tidak perlu. Walaupun anda telah berjanji setia ataupun sememangnya mencintai antara satu sama lain, itu tidak bermakna anda boleh berkongsi apa sahaja.

Selagi kalian belum bergelar suami isteri yang sah, selagi itulah dia tidak berhak untuk mengetahui segala kisah berkaitan hidup anda. Ada benda yang boleh anda kongsi dan anda benda yang tidak boleh.


Nak-nak lagi kalau hal itu melibatkan hal peribadi anda, tentu sahaja tak seronok kalau dikongsi. Mana tidaknya, anda belum tahu lagi adakah dia itu akan menjadi pasangan anda yang sah atau tidak. Buatnya kalau hubungan sekerat jalan sahaja, habis segala cerita dan aib yang anda kongsi itu akan jadi bahan umpatan sahaja nanti.

Antara cerita yang tak perlu anda kongsi;

1. Hal peribadi keluarga.

Jangan kongsi apa-apa pun hal peribadi keluarga anda. Kalau yang elok-elok itu boleh kongsi tapi kalau yang tak elok itu tak payahlah kongsi. Bukan apa, kalau anda kongsi semua nanti pasangan anda itu macam tak berkenan pula pada anda, ataupun dia akan memandang buruk terhadap keluarga anda.



2. Kewangan anda.

Jangan nak jelaskan berapa banyak gaji anda setiap bulan, simpanan ada berapa dan berapa banyak anda belanja setiap bulan. Ini semua adalah rahsia. Kalau dia tahu anda banyak wang, tak ke dia akan pandang anda semata-mata hanya wang sahaja. Tentu tak akan ikhlas hubungan itu nanti.



3. Aib diri sendiri.

Mungkin bagi anda nak jujur dengan pasangan, tetapi kalau bab-bab kisah silam ini baik tak payah kongsi. Lagipun itukan aib anda, ia bukan satu yang patut dicerita. Kalau kalian tak jadi suami isteri, tentu ia akan menjadi satu topik perbualan.

Banyak lagi sebenarnya yang anda boleh kongsikan dengan pasangan. Tak semestinya nak kongsi hal peribadi, banyak lagi yang boleh anda kongsikan. Sebagai contoh tukar pendapat atau pandangan mengenai masalah sesuatu perkara. Ataupun anda boleh sahaja kongsi akan topik-topik isu terkini, sebenarnya itu lebih selamat berbanding berkongsi kisah yang tak sepatutnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen