Bosan Hubungan Selalu Tak Berjaya, Mungkin Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak kali bercinta akan tetapi tetap sahaja gagal dalam hubungan. Setiap kali jalikan hubungan baru ingatkan dialah yang akan menjadi pasangan hidup akan tetapi rupnya hubungan terkadas buat sekian kali. Bila dah banyak kali mencuba nasib ini tentu membuatkan anda malas nak cuba lagi bukan. Malah ada juga yang lebih memilih untuk menyerah sahaja.

Namun begitu, usaha dalam menjalinkan hubungan ini sebenarnya adalah salah satu usaha untuk mencari jodoh. Mungkin tak menjadi dua tiga kali mana tahu yang seterusnya menjadi. Jadi, jangan cepat sangat nak mengalah ataupun nak berhenti dari mencari jodoh.


Jangan cepat sangat mengalah dalam usaha mencari seseorang yang tepat ini. Boleh jadi hubungan yang tak menjadi yang lalu membuka peluang untuk anda mendapat orang yang lebih baik lagi. Jadi apa yang perlu anda lakukan?

1. Jangan bawa hubungan yang lalu dalam hubungan yang baru.

Buang segala sikap dalam hubungan yang lalu, jangan nak bawa ke hubungan baru. Kalau anda masih kekalkan sikap yang ada boleh jadi juga pasangan yang ini pun akan tinggalkan anda. Mungkin ada sedikit sikap anda yang membuat orang rasa tak selesa, itu yang patut anda cari tahu.



2. Jangan terburu-buru.

Biasanya orang yang dalam tempoh perkenalan ini tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin. Boleh jadi dia mahu kenal dahulu dan tiada paksaan untuk terus kahwin. Kalau anda jenis yang mendesak untuk terus kahwin tentu membuatkan dia rasa tak selesa dan ingin menjauhi anda.

3. Cuba untuk memahami, jangan minta untuk difahami.

Kadang kala anda kurang memahami seseorang hingga membuatkan dia tak selesa. Untuk timbulkan rasa keselesaan, maka anda perlu cuba untuk memahami dahulu barulah dia boleh memahami anda. Hubungan akan terjalin dengan lebih mudah jika ada rasa saling memahami antara satu sama lain.



4. Lontarkan sikap yang lain.

Kalau anda bukan seorang yang perhatian sebelum ini, maka yang ini bagilah sikit. Kalau sebelum ini macam kurang komunikasi, yang ini rajin-rajinlah berkomunikasi. Anda kena bijak untuk pikat hati seseorang. Yang penting pikat hatinya dulu, bila dia dah terpikat barulah lenturkan hubungan pula.

5. Jangan mendesak.

Dalam tempoh ini, satu desakkan memang akan rasa tak selesa. Sebab itu, bila anda mendesak seseorang ia akan membuatkan hubungan tersebut menjadi renggang. Jangan mendesak tetapi cuba untuk berbincang dan komunikasi dengan baik.

Untuk melangkah ke satu hubungan yang serius ini memang sukar sedikit. Anda kena pikat hati dulu malah kenal hati dahulu barulah boleh ke langkah seterusnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen