Jangan Kecewa Kalau Berkaca Mata, Wanita Bercermin Mata Ada Daya Tarikan Tersendiri Dimata Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki bila tengok perempuan pakai cermin mata bersama tudung bawal, tentu sahaja akan pandang tak berkelip. Bagi mereka, wanita ini begitu comel dan sedap mata memandang. Itu yang membuatkan ramai lelaki-lelaki suka akan wanita bergaya seperti ini.

Kalau dulu cermin mata ini mungkin dianggap sebagai benda yang membuatkan sukar untuk bergaya dan tampil cantik. Akan tetapi sekarang ini, cermin mata seakan aksesori atau fesyen tambahan yang membuatkan seseorang kelihatan lebih cantik.


Biasanya orang yang memakai cermin mata ini akan dikaitan dengan seorang yang bijak, rajin membaca malah seorang yang nerd. Namun kini tidak lagi, tidak semua orang yang memakai cermin mata kerana masalah mata tetapi ada juga yang memakai untuk bergaya. Buat wanita pula, jika memakai cermin mata boleh jadi satu tarikan buat dirinya.



Satu kajian yang dijalankan di University of Vienna, Austria mendapati bahawa cermin mata pada wajah akan membuatkan ia kelihatan lebih pintar dan sebab itulah mereka ini akan kelihatan cantik di mata lelaki. Apa yang paling unik adalah, si pemakai cermin mata ini akan kelihatan berbeza atau lebih menonjol dari kebanyakkan wanita di sekeliling mereka.

Terdapat kajian lain pula yang telah diterbitkan dalam Journal of the Chinese Institute of Industrial Engineers mendapati bahawa cermin mata ini menambah elemen yang membuatkan wajah kelihatan simetri dan orang yang mempunyai wajah simeteri atau seimbang ini dianggap lebih menarik.



Walaupun tak semua orang berpendapat bahawa cermin mata ini menambah kecantikan seseorang tetapi berdasarkan perkembangan fesyen, cermin mata menjadi salah satu item untuk bergaya malah tidak boleh dipisahkan mengikut trend semasa.

Jadi buat wanita yang bercermin mata, walaupun cermin mata ini akan mengembangkan tudung anda malah anda lebih memilih kanta lekap sebagai salah satu cara untuk bergaya, jangan bimbang kalau sekali sekala bergaya dengan cermin mata anda. Tentu menjadi tumpuan lelaki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen