Hubungan Yang Penuh Dengan Gelak Tawa Mampu Kekal Lebih Lama - Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap pasal kebahagiaan rumahtangga, tentu sahaja ramai yang berpendapat bahawa rumahtangga yang bahagia ini perlu ada komunikasi yang baik. Malah pasangan juga perlu saling memahami. Akan tetapi nak timbulkan dua perkara ini dalam hubungan bukanlah satu perkara yang mudah.


Mana-mana suami isteri tentu sahaja mahukan bina sebuah rumahtangga yang bahagia dan sentiasa harmoni. Bukan pura-pura bahagia di hadapan orang akan tetapi secara realitinya adalah sebaliknya. Namun bagaimana nak bahagia sebenarnya.

Komunikasi yang baik, serta memahami pasangan itu adalah salah satu cara untuk dapatkan kebahagiaan rumahtangga, akan tetapi ada perkara lain yang perlu ditambah dalam hubungan.



Menurut penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Personal Relationship menemukan pasangan suami isteri yang gelak ketawa bersama mampu menjaga rasa cinta yang berkekalkan di antara mereka.

Ini secara tidak langsung akan membuatkan sepasang suami isteri akan lebih kekal untuk satu jangka masa yang lama. Pasangan ini juga berjaya mencapai kebahagiaan perkahwinan yang lengkap.

Penyelidik University of North Carolina dan ahli psikologi sosial Luara Kurtz menjalankan satu kajian terhadap 77 pasangan. Setiap daripada mereka mempunyai hubungan cinta purata selama 4 tahun.



Dari kajian ini mendapati bahawa gurau senda bersama pasangan adalah penunjuk bahawa kebahagiaan perkahwinan akan diperolehi dengan lebih tinggi. Bukan hanya sekadar mental sahaja akan tetapi pasangan yang kerap bergurau dan ketawa juga merupakan sihat secara fizikal.

Patutlah orang perempuan sukakan lelaki pandai buat lawak dan juga kelakar. Jadi buat anda yang sedang berkasih sayang itu, jangan lupa untuk selalu gelak tawa bersama pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen