Orang Lelaki Lebih Suka Mengejar Wanita Berbanding Dikejar Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai wanita, pernah tak anda kena reject dengan orang lelaki?

Kalau tak pernah pun, tentu anda pernah suka akan seseorang akan tetapi tahu-tahu orang itu suka akan orang lain. Ini sudah tentu ramai yang pernah alaminya bukan, anda ingat dia rapat dengan anda sebab dia sukakan anda rupanya dia hanya ingin berkawan je dengan anda.

Orang perempuan ini memang cepat perasan, nak-nak lagi kalau ada lelaki yang memandang dirinya. Terus sahaja mula keluar perangai gedik, suara manja dan macam-macam lagi. Eh, betul ke gaya memikat anda itu?


Ramai yang tak sedar orang lelaki ini ada satu sikap dalam misi mencari cinta mereka. Di mana mereka ini bukannya memilih sangat atau apa pun, akan tetapi ada satu yang mereka suka lakukan iaitu menyukai seseorang yang sukar untuk dia perolehi.

“Orang lelaki lebih suka kejar wanita berbanding dikejar wanita.”

Jika bertemu dengan wanita yang jual mahal, biasanya orang lelaki ini akan sedaya upaya cuba memikat hatinya, sedangkan ada sahaja wanita yang menanti dan menginginkan lelaki tersebut tetapi mengapa dia lebih pilih yang susah dapat.

Bagi orang lelaki, semakin sombong perempuan itu terhadap lelaki, maka semakin mahal pada mata mereka. Mana tidaknya, kalau orang perempuan yang kejar lelaki ini mudah je nak dapat, tapi yang jual mahal ini yang payah sikit.



Sebab itu lelaki akan lebih berusaha untuk memikat hati perempuan yang sedikit jual mahal dan sombong, ini kerana apabila dia jual mahal dan sombong tentu sahaja susah mana-mana lelaki ingin mendekatinya. Sebab itu mereka memilih perempuan yang seperti ini berbanding wanita yang mudah dapat.

Pernah dengar bukan, orang lelaki ini kalau nak cari pasangan hidup, dia akan nak cari yang baik-baik yang mendapat didikan yang baik dari ibu bapanya. Sebab itulah dia memilih perempuan yang sukar dapat, kerana ia lebih berharga di mata mereka.



Sebagai seorang perempuan dan wanita,

Anda perlu sentiasa menjaga maruah diri anda. Walaupun anda menyukai seseorang jangan segera untuk mengejarnya. Tetapi sentiasa berdoa kepada Allah agar anda dijodohkan bersamanya. Barulah itu namanya jodoh dari Allah.

Kadang kala bila anda terlalu mengejar, anda mungkin akan dipermainkan sahaja. Jadi lebih baik anda menjaga nama baik diri sendiri dan keluarga anda. Itu lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen