Sebelum Buat Keputusan Untuk Berkahwin, Berapa Lama Tempoh Perkenalan Yang Sesuai?

Oleh: Zuzu Yasmine

“Eh, bila nak kahwin ini?”

“Eh, baru kenal berapa bulan dah kahwin?”

Bila kenal baru tak sampai setahun dan ambil keputusan nak kahwin, tentu orang akan cakap. Sama juga dengan dah bertahun-tahun kenal tetapi tak kahwin-kahwin pun orang akan sibuk berkata juga. Jadi waktu bila yang sesuai nak kahwin ini?


Keinginan untuk berkahwin setiap orang itu berbeza. Ada yang dah lama bersedia, bila jumpa jodoh terus ajak kahwin. Ada pula yang masih ragu-ragu, kena betul-betul yakin bahawa dia untuk jodoh barulah nak ajak kahwin. Sebab itu jodoh yang datang setiap orang itu berbeza. Ada yang umur 20 tahun dah bertemu jodoh, malah ada juga yang berumur 30 baru jumpa, berbeza bukan.



Sebaiknya berapa lama tempoh perkenalan yang sepatutnya?

Menurut Rachel A. Sussman, pakar hubungan di Kaunseling Sussman di New York, menjelaskan bahawa empat tahun dianggap sebagai tempoh dating yang ideal untuk bergerak ke tahap yang lebih serius.

Kenyataan ini diperkuat oleh penyelidikan dari Universiti Emory, yang dijalankan pada lebih dari 3,000 orang yang telah berkahwin. Matlamatnya adalah untuk mengetahui berapa lama masa perkahwinan dan umur perkahwinan mereka sekarang.

Hasilnya menunjukkan bahawa pasangan yang berkenalan selama dua tahun mempunyai peluang perceraian yang lebih rendah daripada pasangan yang hanya berkenalan selama satu tahun. Malah, peluang perceraian akan berkurangan sehingga 50 peratus bagi mereka yang menjalani perkenalan selama tiga tahun atau lebih.



Namun begitu, bagaimana pula dengan mereka yang berkenalan dalam tempoh jangka yang pendek, lalu membuat keputusan untuk berkahwin?

Menurut Terri Orbuch, Ph.D, seorang profesor di Oakland University sekaligus penulis buku berjudul 5 Simple Steps to Take Your Marriage From Good to Great menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin selepas perkenalan jangka pendek ini belum mengenali satu sama lain secara sepenuhnya.

Jelasnya, biasanya agak sukar untuk membina kepercayaan dan benar-benar mengenali keperibadian pasangan dengan lebih mendalam, jika hanya dilakukan dalam waktu yang singkat.

Bahkan, jika anda dan pasangan anda sudah dapat memegang satu sama lain dan memegang komitmen yang telah dibuat bersama, perkahwinan anda juga tidak akan menjadi lebih harmoni jika nak bandingkan dengan pasangan yang berkenalan untuk waktu yang cukup lama.



Sebenarnya, saat yang sesuai untuk berkahwin ini adalah bergantung pada tahap kesediaan seseorang. Dimana, kalau anda masih belum bersedia nak pikul tanggungjawab, maka anda belum bersedia untuk berkahwin. Manakala, berapa lama pula usia perkahwinan anda akan bertahan, itu semua bergantung pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen