Bila Dah Kahwin, Suami Automatik Akan Dapat 3 Perkara Ini Dari Isteri. Jom Kahwin...

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta memang susah nak taat dan nak hormat pasangan, kadang kala macam kurang ajar pun ada juga. Tapi itu semua masa bercinta, kalau nak semua itu dari pasangan seperti taat, hormat, cinta serta jiwa dan raga maka kenalah kahwin.

Orang lelaki jangan takut nak kahwin, sebabnya bila dah kahwin anda akan dapat terus apa yang anda mahukan itu. Wanita ini bila dia sudah bergelar isteri kepada seseorang maka dia akan serahkan segalanya kepada suaminya itu. Malah dia percaya dengan suaminya itu tanpa batas.

Jadi kahwinlah...

Namun begitu, sebagai suami bila dah dapat apa yang dimahukan, jangan pula senang-senang buat tak endah pada isteri selepas ini. Kalau nak terus mekar segalanya, kena bijak dalam memberi layanan. Barulah perasaan isteri itu akan sentiasa melekat di hatinya.


Macam pesanan daripada Firdaus Shakirin ini, memang kena hadam betul-betul ni.

Taat, hormat dan cinta seorang isteri…

Seorang suami akan automatik dapat semua ni bila berkahwin…

Isteri kena taat, kena hormat dan cinta pada suaminya seorang sahaja…tapi tahukah kita bahawa semua yang dinyatakan ini boleh berkurangan? boleh pudar? boleh hilang? boleh turun naik?



Hatta iman pun boleh berkurang dan bertambah, apatah lagi taat, hormat dan cinta seorang isteri terhadap suaminya…

Cara layanan, perbuatan dan pertuturan seorang suami yang akan membuatkan sama ada perkara-perkara ini bertambah ataupun berkurang…isteri tiada masalah untuk taat dan hormat seorang suami yang baik, apatah lagi mencintainya dengan sepenuh hati…tapi bila suaminya berubah, cara layanan, tutur kata dan perbuatan suami terhadapnya juga berubah, maka agak susah untuk seorang isteri untuk terus berbuat baik kepada suaminya…



Taat akan berkurangan, hormat akan hilang dan cinta akan pudar…

Semuanya disebabkan perbuatan dan perilaku suami itu sendiri…maka jika hari ini isteri kelihatan seperti tidak mahu menurut perintah suami, maka jika hari ini isteri kelihatan seperti selalu meninggikan suaranya, maka jika hari ini isteri kelihatan seperti menjarakkan diri dari kita, maka fikir-fikirkanlah, apa yang kita dah buat sehingga dia jd sebegitu...

Renung-renungkan...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen