Hati-Hati Pilih Pakej Perkahwinan, Jangan Sampai Tertipu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tali pertunangan sudah terikat, maka tentu ramai orang mula sibuk membuat persiapan yang sepatutnya. Walaupun tempoh pertunangan ini ada yang ambil masa setahun atau dua tahun, namun tetap sahaja kena lakukan persiapan walaupun sedikit.

Walaupun belum membuat tempahan atau sedang memilih wedding planner mana yang bersesuaian dengan diri anda, tentu sahaja anda perlu melihat perkara lain juga. Anda kena periksa sama ada wedding planner pilihan anda itu dipercayai atau tidak, malah jangan lupa lihat pakej-pakej yang telah disediakan.


Antara perkara yang perlu dibuat oleh bakal pengantin sebaik telah menetapkan tarikh perkahwinan adalah meneliti semua pakej perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan diri sendiri. Buat satu pilihan yang tepat dan sebelum membuat keputusan sila lakukan perbandingan dahulu.

1. Cari maklumat dan rujukan terlebih dahulu.

Disebabkan banyak kes penipuan mengenai pakej perkahwinan dan wedding planner ini, adalah lebih baik anda survey dahulu mana yang mana berkenan dihati anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melawat ke pameran pengantin, majalah, internet dan juga kenalan anda.



2. Nilai kualiti pakej yang ditawarkan.

Jangan mudah terpengaruh dengan harga yang murah atau pelamin yang indah. Anda perlu lihat dahulu kualitinya sebelum melabur terhadap pakej yang ditawarkan. Barulah setimpal dengan harganya. Pastikan anda pilih mengikut kemampuan anda, jangan sampai lakukan pembaziran ataupun mengakibatkan anda menanggung hutang. Cara yang sederhana dan bersesuaian dengan bajet anda.

3. Rekod butik pengantin/ weding planner.

Jangan sampai tertipu. Biasanya pakej yang murah dan terburu-buru membuat keputusan ini akan membuatkan anda tertipu. Maka dengan itu, pastikan anda cari yang berpengalaman malah mempunyai rekod yang baik dalam perkhidmatan yang disediakan. Barulah anda tak berputih mata dimajlis persandingan anda nanti.



4. Jangan guna orang tengah.

Ini pun bagi menggelakkan penipuan, dimana, kalau boleh bayar terus kepada pemilik butik dan dapatkan bukti pembayaran. Jika anda menggunakan orang tengah, kemungkinan besar untuk anda ditipu itu adalah tinggi.

5. Elakkan membuat tempahan dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda.

Bukan sahaja memakan kos perbelanjaan, akan tetapi ia juga akan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, masalah kelewatan ataupun masalah barangan tak cukup. Kalau jurukemera itu mungkin sesuai akan tetapi kalau melibatkan pelamin, khemah atau katering itu mungkin ambil yang dekat lebih baik.

6. Jangan tempah dengan pelbagai jenis butik.

Jika anda berhubungan dengan lebih satu butik, ia mungkin akan memeningkan kepala anda sendiri. Di mana, baju pengantin butik lain, pelamin butik lain. Itu semua hanya akan membuatkan anda pening kepala malah mungkin ia dapat disiapkan seperti dijanjikan.

Mungkin perkara ini akan memeningkan kepala anda, namun jika anda lakukan satu persatu secara terperinci malah mengambil langkah untuk memulakan dengan lebih awal, tentu sahaja ia akan menjadi satu perkara yang mudah dan lancar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen