Bila Dah Kahwin, Jangan Lupa Untuk Pergi Bercuti Setahun Sekali. Ini Yang Menariknya Tentang Percutian Bersama Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila ajak pergi bercuti sahaja, mula kata tak ada cuti yang sesuai. Bila ajak pergi bercuti je mula kata sibuk dengan kerja. Macam-macam alasan kalau isteri dan anak-anak ajak pergi bercuti. Sedangkan selepas kahwin pasangan suami isteri kenalah rajin-rajin pergi bercuti. Barulah hubungan yang jauh boleh didekatkan.

Tak perlu pergi bercuti setiap bulan, cukup kalau pergi bercuti sekali setahun. Malah tak perlu susah-susah pergi keluar negara, cukup kalau bercuti di dalam negara. Yang penting, anda bawa pasangan anda pergi bercuti menghirup udara yang lain sedikit dari biasa. Barulah badan terasa segar dan mood bertambah baik.


Menurut Dr. Taufiq Razif, ada 6 fakta yang pasangan kena tahu mengenai bercuti ini. Memang kena pergi ni.



6 Fakta Tentang Bercuti Yang Pasangan Kita Wajib Tahu

1. Kajian daripada American Psychological Association merumuskan bahawa bercuti ni menurunkan stres kerana bercuti ni membuatkan kita jauh daripada persekitaran yang mengingatkan otak kita kepada stres dan rasa cemas

2. Wanita yang bercuti sekali dalam 6 tahun mempunyai 8 kali ganda keberangkalian untuk terkena penyakit jantung berbanding wanita yang bercuti sekurang kurangnya 2 kali setahun

3. Satu kajian mengatakan seseorang yang bercuti lebih daripada 10 hari mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda untuk mendapat bonus dan kenaikan gaji kerana prestasi kerja mereka lebih baik



4. Bercuti mampu menguatkan kembali 'emotional bonding' sesama pasangan dan anak anak yang makin hari makin pudar dan lemah akibat kesibukan bekerja

5. Bercuti di tempat yang mempunyai elemen alam dan semulajadi mampu mengurangkan kesan 'nature-deficit disorder' pada anak anak, sebuah keadaan di mana anak kita jadi kurang gembira dan mengalami bermacam masalah dalaman akibat daripada kurang hubungan dengan alam semulajadi



6. Kajian daripada Netherlands ke atas 974 orang mengatakan merancang untuk bercuti sahaja pun dah boleh membuatkan seseorang itu bahagia walaupun belum pergi bercuti.

Jadi merancang la bercuti daripada sekarang kerana ianya mempunyai 'mood-boosting effect' pada diri kita. Fuh! Rancang pun dah bahagiaa!

Sebarkan info dan ilmu ni pada pasangan masing masing sekarang juga.

p/s : Nak pasangan bawa bercuti secepatnya tak? Cuba tag pasangan masing masing di bahagian komen sekarang juga dan lihat kesannya sendiri nanti

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen