Nak Cantik Kenalah Berpada-Pada, Ini Bahaya Berpakaian Ketat Yang Perlu Anda Tahu. Ada Yang Dah Mengalami?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin ada setengah orang memakai seluar yang ketat ini adalah mengikut gaya, malah membuat dirinya kelihatan mengikut trend terkini. Akan tetapi ramai yang tak menyedari bahawa berpakaian seluar ketat ini hanya akan membahayakan kesihatan tubuh badan sahaja.

Ramai yang sanggup mengenakan seluar ketat ini lebih dari 5 jam hanya semata-mata untuk kelihatan cantik malah sesuai dengan gaya pemakaian mereka. Sedangan, jika anda memakai seluar yang sebegini ia akan mengganggu anda untuk membuang air kecil. Di mana, jika anda menahan kencing selama lebih dari 2 jam, maka anda mungkin akan mengalami gejala kerap kencing ataupun kencing tidak lawas.


Ini yang anda perlu tahu kalau selalu sangat menggunakan seluar yang ketat.



Pakar nutrisi dan pengurusan berat badan di Boston Medical Centre berkata, “korset yang ketat boleh menulak perut di luar diafragma, menyebabkan refluks dan mengganggu pernafasan, dan ia boleh merosakkan tulang rusuk.

Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah anda, yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting anda.

Difahamkan beberapa kajian telah melaporkan bahawa tekanan yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada tubuh. Kebiasaan pakaian ketat dapat menekan sistem limfatik (saluran limfatik), sistem saluran darah, organ dalam tubuh, otot, tisu penghubung lain, dan saraf tertentu. Ini sememangnya boleh menjejaskan keadaan kesihatan anda, dari peredaran udara, masalah perut, atau masalah kulit.

Berikut adalah bahaya yang mungkin anda hadapi apabila memakai pakaian yang ketat.

Mengganggu Kesihatan Perut

Menurut kajian pada tahun 2017 terdapat kesan buruk dari penggunaan tali pinggang untuk mengetatkan seluar melawan esofagus manusia. Penggunaan tali pinggang yang terlalu ketat boleh menyebabkan esofagitis (keradangan esofagus). – Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.



Penyakit Meralgia Paresthetica

Meralgia paresthetica adalah keadaan apabila terdapat tekanan oleh tisu sekeliling pada saraf Lateral Femoral Cutaneous (LFCN). Saraf ini bertindak sebagai penerima rangsangan deria pada permukaan paha luar, sehingga apabila menerima tekanan yang berlebihan akan menimbulkan rasa sakit atau terbakar. Umumnya keadaan ini disebabkan oleh penggunaan skinny jeans yang menyebabkan kawasan paha memberi tekanan.

Nyeri Pada Anggota Badan

Pakaian ketat dan saiz yang salah (terlalu kecil) boleh menjadi buruk untuk kesihatan anda. Sebagai contoh, apabila anda menggunakan saiz bra yang salah, sama ada ia terlalu longgar atau ketat, berat payudara anda tidak dapat disokong sepenuhnya oleh bra. Keadaan ini meningkatkan risiko sakit di punggung, bahu dan leher.

Gejala Lain

Bila anda mengalami beberapa tanda bahaya akibat menggunakan pakaian ketat seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor pakar agar tidak memudaratkan kesihatan.

• Sakit perut semasa memakai skinny jeans

• Mengalami masalah pencernaan

• Ruam pada kulit

• Sakit kepala akibat gangguan pada leher kerana penggunaan bra ketat

• Punggung anda sakit dan nyeri

Jika anda berterusan mengalami seperti keadaan di atas, kurangkan pemakaian ketat secara berperingkat. Nak cantik kena berpada-pada, jangan sampai menyakitkan diri sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen