Bila Dah Kahwin Nanti, Jangan Selalu Buat 'Eye-Blocking' Bila Bercakap Dengan Pasangan, Itu Yang Membuatkan Dirinya Curiga Akan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila pasangan mula bercakap, terus je buat muka. Bila pasangan tegur sedikit terus buat muka. Inilah yang selalu dilakukan oleh seseorang apabila tindakan atau perbuatannya mendapat teguran seseorang. Itu belum lagi, yang angkat kaki tinggalkan pasangan bercakap bersendirian.


Walaupun tak suka teguran, cerita, ataupun perbuatan pasangan, jangan sesekali lakukan sesuatu yang akan mencurigakan dirinya, Mana tidaknya, kadang kala apa yang anda lakukan itu hanya akan timbulkan syak wasangka sahaja. Nak-nak lagi kalau buat ‘eye-blocking’ macam yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini.



Jangan Buat 'Eye-Blocking' Bila Bercakap Dengan Pasangan

Bukan sahaja tak hormat pada pasangan yang sedang bercakap tapi ia juga memberi maksud bahawa ita sedang menyembunyikan sesuatu.

Awas!

Ini boleh jadi pencetus kepada rasa curiga, marah dan juga benci!

Mata pandang tempat lain, kepala tunduk, tak fokus antara ciri-ciri eye-blocking. Dan eye-blocking adalah satu daripada banyak bahasa tubuh yang selalu di gunakan oleh para detektif, penyiasat, FBI dan CIA untuk mengesan penjenayah yang menipu.

Bagi para wanita membaca bahasa tubuh seseorang kacang sekali tau..

Ini kerana menurut kajian psikologi wanita boleh berfikir dari sudut logik dan juga emosi secara serentak dan berinteraksi dari otak kanan dan otak kiri.

Sebab itu la mereka hebat dalam baca bahasa tubuh ni, sebab tubuh kita ni bergerak secara spontan mengikut keadaan emosi pada masa tu.

Sebenarnya daripada gerak tangan, bahu dan bibir pun diorang boleh tahu apa yang tersirat di minda kita.

Bahaya sungguh. Setiap gerak tubuh kita ni wanita boleh baca maksud tersirat tau. Dasyat sungguh!

Jadi tak usah la buang masa try nak menipu, diorang boleh detect punya...

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Berani kerana benar

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen