"Apabila Seorang Lelaki Menerima Wanita Itu Sebagai Isteri, Maka Telah Menerima Amanah Daripada Allah..."

Telah menjadi fitrah semua manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Rasa dicintai dan mencintai malah rasa membina keluarga yang bahagia. Sebelum bergelar sebagai suami dan isteri, tentu sahaja setiap daripada kita ini telah sedia maklum akan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri. Cuma yang membezakan bagaimana setiap daripada kita melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Seorang isteri, sisinya adalah di sebelah suaminya. Manakala suami pula adalah pemimpin serta pelindung keluarga. Perkahwinan ini bukan hanya perlu ada rasa cinta sahaja, akan tetapi rasa tanggungjawab sebagai suami dan juga isteri.


Bukannya selepas akad nikah, masing-masing buat tak tahu akan tanggungjawab masing-masing. Sebagai seorang suami, anda seharusnya lebih bijak dalam mendidik dan membimbing isteri kerana isteri adalah amanah yang diserahkan kepada anda. Sedikit perkongsian daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, buat suami-suami dan bakal suami.



Didalam Perkahwinan; “Rasulullah ﷺ meninggalkan wasiatnya khusus kepada kaum suami didalam bab perkahwinan. Didalam khutbah terakhir Rasulullah ﷺ. Rasulullah bersabda; "Wahai sekalian manusia! Takutlah kamu kepada Allah سبحانه وتعالى, di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah, dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah."

"Dan Wajib ke atas mereka iaitu si isteri, untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri mereka daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan mereka. Dan Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepada kamu, maka wajib ke atas kamu untuk menjaga mereka dengan makanan dan pakaian yang baik."

"Ini adalah pesanan Rasulullah ﷺ didalam khutbah terakhirnya kepada kaum lelaki. Sesungguhnya kaum perempuan itu dihalalkan kepada kamu adalah amanah daripada Allah سبحانه وتعالى, dan kamu akan dipertanggungjawabkan kepada Allah سبحانه وتعالى. Perkahwinan itu bukan hanya nafkah zahir dan batin saja."



"Bukan hanya urusan kerja dengan siapa, makan dengan siapa , bercakap dengan siapa. Tetapi paling penting sekali ialah untuk mentarbiyah untuk menjadikan mereka wanita solehah. Tanggungjawab itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Akad hubungan suami isteri sudah diambil satu janji atau ikatan yg berat iaitu amanah dari Allah dan Rasul-Nya."

"Ramai orang Islam dizaman kita sekarang dalam masalah perkahwinan hanya tahu mengucapkan; "Saya terima." Kamu ambil perempuan itu sebagai isteri, adalah amanah daripada Allah سبحانه وتعالى. Dikatakan amanah daripada Allah walaupun yang menikahkan perempuan itu adalah walinya, mungkin bapanya atau sesiapa sahaja. Ataupon mungkin wali hakim."

"Hakikat penyerahan amanah itu adalah daripada Allah سبحانه وتعالى kepada ayahnya. Ianya diserahkan kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Dalam hal ini lelaki yang menerima seorang perempuan itu, untuk dijadikan sebagai isteri. Dia telah menerima amanah daripada Allah. Dan dia bertanggungjawab akan amanah tersebut kepada Allah سبحانه وتعالى."

Anda masih keseorangan?

964,229 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen