"Orang Jual Mahal Lebih Mudah Menarik Perhatian Seseorang..." Siapa Kata Jual Mahal Tak Laku.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita akan dengar bahawa orang jual mahal ini tak akan ada orang nak pun. Namun sebenarnya ramai yang silap. Bila anda jual mahal makin ramai yang nai oiii.

Namun begitu, tentu sangat melecehkan apabila tersuka atau terjatuh cinta dengan mereka yang suka jual mahal ini. Mana tidaknya, nak pikat mereka ini bukan senang. Orang kata jinak-jinak merpati, nampak macam senang nak tangkap tapi dia punya payah memang boleh give up lah cerita dia.


Anda nak tahu mengapa mereka yang jual mahal ini lebih mudah menarik perhatian orang berbanding anda yang memang sudah beria-ria nakkan si dia ini. Berdasar petikan daripada purewow.com, sebuah kajian yang dilakukan oleh University of Virginia dan Harvard menyatakan bahawa ketidakpasti darti sikap jual mahal ini sebenarnya boleh meningkatkan daya tarikan yang romantik.



Dalam Jurnal Psychological Science, orang perempuan ini lebih tertarik dengan lelaki yang tidak mahu mengakui perasaan mereka. Jadi, para pengkaji mendapati bahawa sikap misteri lelaki lebih menarik daripada lelaki yang bersikap terbuka menyatakan perasaan mereka.

Ramai perempuan menyatakan dalam kajian ini mengakui bahawa mereka sering memikirkan lelaki yang perasaanya tidak mudah untuk diketahui. Malah rasa ingin tahu itu juga akan berubah menjadi daya tarikan pada akhirnya.



Haa... siapa sangka bukan yang mana orang anggap bahawa jual mahal itu akan membuatkan seseorang itu tidak mempunyai pasangan rupanya memiliki daya tarikan yang tersendiri. Begitu juga dengan lelaki, yang mana paling susah nak dapat itulah yang dia mahukan. Yang sudah mencintai dan setia di sisi memang dia tak nampak.

Jadi tak salah kalau jual mahal sikit, banyak-banyak nanti jadi tak laku pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen