Sebelum Menyuruh Ibunya Merisik Anda, Lelaki Akan Perhatikan Perkara Ini Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua hubungan cinta itu akan mampu membina sebuah perkahwinan yang bahagia. Malah tak semua percintaan itu akan berakhir dengan baik. Bagi orang perempuan, bila sudah jatuh sayang tentu sahaja dia akan segera meminta untuk orang lelaki meminang dirinya, namun bukan semudah itu untuk menjadi isteri lelaki yang anda sukai itu.

Orang lelaki ini mungkin bermain cinta dengan anda, akan tetapi itu belum tentu menjadi punca untuk dirinya mendirikan rumahtangga bersama dengan anda. Di mana, mereka ini akan memandang beberapa perkara dahulu sebelum meminta ibunya merisik anda.


Selalunya, anda tidak akan perasan pun yang dia sedang memerhatikan anda. Ini yang orang lelaki pandang dan perhatikan sebelum melamar anda.



1. Keikhlasan anda.

Dia akan lihat adakah anda ini akan terima dirinya ataupun sekadar memandang rupa, pangkat dan kerjaya dirinya sahaja. Ini paling penting sebenarnya, sebabnya kalau dia tahu bahawa anda ini bukan mahukan dirinya dengan ikhlas dan hanya ingin menumpang sahaja, tentu dia tidak akan memilih anda sebagai pasangannya.

2. Sikap anda.

Dia bukan sahaja ingin memilih seorang isteri, tetapi dia juga akan memilih seorang ibu buat anak-anaknya. Maka dengan itu, tentu sahaja dia mahu sikap yang terbaik buat ibu pada anak-anaknya. Di mana, anda mungkin seorang yang mudah dibimbing, baik hati dan seorang bertolak ansur.



3. Penerimaan keluarganya.

Cinta sahaja tak mencukupi kalau tak ada restu dalam hubungan yang terbina. Maka tentu sahaja dia mahu dapatkan restu dari kedua ibu bapanya, barulah dapat masuk meminang diri anda. Kalau tiada restu, belum tentu segalanya akan berjalan macam anda harapkan.



4. Kepekaan anda.

Orang lelaki pun padang terhadap kepekaan anda kepada dirinya. Sebagai contoh, adakah anda peka terhadap perubahan emosinya atau cara pemakaian dan lain-lainnya. Mana tidaknya, kepekaan ini adalah salah satu tanda bahawa anda begitu menyayangi dan ikhlas dengan dirinya.

5. Kesetiaan.

Siapa sahaja yang mahukan pasangan berlaku curang? Tentu sahaja ramai yang tak mahu bukan. Ini juga perkara yang dipandang oleh lelaki agar pasangannya nanti tidak akan mencalar maruahnya serta setia dengan dirinya sehingga akhir hayat.

Bukan mudah nak merisik seorang wanita untuk dijadikan pasangan hidup ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen