Bercinta Tentu Nak Sampai Ke Jinjang Pelamin, Ini Tanda Hubungan Anda Tak Mampu Nak Kekal Lama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak kekalkan satu hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Nak-nak lagi kalau masing-masing ini masih lagi ingin kejar cita-cita dan kehidupan yang selesa. Kadang kala, apabila kita terlalu mengejar perkara yang lain itu akan membuatkan kita sukar mempertahankan apa yang telah anda miliki seperti cinta.

Tak semua orang bernasib baik untuk memiliki cinta disaat muda, malah tak semua orang juga bernasib baik untuk memperjuangkan hubungan cinta tersebut. Namun begitu, ada tanda-tanda sebenarnya bagaimana nak tahu hubungan yang anda bina itu akan kekal atau sebaliknya.


Jom ketahuinya.

1. Tidak mempercayai antara satu sama lain.

Hubungan yang kukuh adalah mereka yang mampu mempercayai pasangan mereka. bukan hanya sebelah pihak sahaja, akan tetapi kedua-duanya saling mempercayai. Ini kerana kerpercayaan ini adalah kekuatan hubungan. Akan tetapi kalau sudah tiada kepercayaan, tentu sahaja hubungan tak mampu bertahan lama.



2. Sering mencari silap pasangan.

Kadang kala, kalau terlalu sangat mencari salah pasangan bagaimana hendak merasai bahagia. Ini kerana, kalian akan saling bertengkar hingga menyababkan kalian tiada momen yang indah dan hari-hari yang bahagia. Mana tidaknya, segala pasangan buat semuanya tak kena pada anda.

3. Bertengkar mengenai perkara kecil.

Orang kata kalau ada pertengkaran yang kecil jangan sesekali diperbesarkan. Apabila masalah sengaja diperbesarkan maka akan mula hilang seri dan rasa bahagianya. Bila ada masalah segera selesaikan secepatnya, kalau dibiarkan ia akan makan dalam hubungan anda sendiri.



4. Tidak mempunyai pendapat yang sama.

Tiada masalah kalau tak ada pendapat yang sama, namun itu pun kalau salah seorang jernihkan hubungan. Jika tiada sefaham dan sependapat, maka kenalah salah seorang bertolak ansur, kalau dibiarkan dan tidak mahu menjernihkan hubungan, boleh jadi kalian yang akan berdepan dengan masalah.

5. Selalu ikutkan emosi.

Bila ada masalah memang emosikan turut terbuai, tapi kalau ikutkan emosi sangat tak mustahil anda akan kehilangan orang yang anda sayang. Maka kawal emosi anda dengan baik, jangan nak kuat marah, panas baran dan melenting sangat. Nanti pasangan makin jauh.

Ini adalah beberapa tanda bahawa hubungan anda tidak kekal lama, jika anda tanda-tanda ini segera perbaiki dan jernihkan semual hubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen