Dah Kahwin Nanti, Kalau Nak Isteri Sihat & Gembira Selalu Jangan Lupa Beri Dia Masa Untuk Bersama Rakan-Rakannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya bila dah kahwin ini, memang suamilah kawan baik dunia akhirat dan anak-anak sajalah penghibur hati yang ada. Nak keluar dengan rakan-rakan atau me-time banyak yang kena fikirkan. Macam siapa nak jaga anak, siapa nak suapkan suami makan malah siapa nak dodoikan mereka semua ini. Eh, tak-tak biasanya fikirkan pasal anak-anak je, bimbang kalau duduk dengan suami.


Sebab itu ramai orang perempuan bila dah kahwin, mula tak berhubungn dengan rakan-rakan dia orang. Mereka lebih utamakan tanggungjawab mereka serta keluarga mereka. Namun begitu, lama ke lamaan dia akan menjadi semakin pemarah, stress seorang diri malah rasa macam semua tak kena.



Masa inilah sebagai suami anda perlu buka mata bahawa ada yang tak kena dengan isteri anda itu. Kalau dibiarkan lebih lama mungkin akan membuatkan dia semakin hilang kawalan.

Seperti petikan daripada Health.Harvard, kehidupan sosial sangat penting pada fizikal dan kesihatan menatl seseorang, sama seperti tidur yang cukup serta diet yang sihat.

Bedasarkan kajian menyatakan bahawa tahap oxytocin dalam badan meningkat apabila kita berasa gembira melakukan bonding time bersama rakan-rakan. Oxytocin adalah bahan kimia yang mengurangkan tekanan, kegelisahan dan keletihan pada tubuh badan.



Ini bermakna lebih banyak oxytoxin dalam, lebih gembira dan lebih sihat seseorang individu itu.

Jadi, keluar bersama rakan bergembira mahupun bercuti sememangnya bagus untuk kesihatan mental. Tak kiralah sama ada single atau dah kahwin ini memang sangat diperlukan.

Jadi sebagai suami, sekali sekala jangan lupa beri isteri merasa saat-saat seperti ini, barulah mood isteri itu sentiasa elok sahaja dengan anda. Tapi kalau bimbang dia buat bukan-bukan, ikut sekali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen