It's Okay Kalau Kahwin Lambat, Jangan Terlalu Tertekan Dengan Pertanyaan Orang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Umur semakin meningkat, tetapi pasangan yang diharapkan menemani hingga ke hari tua masih lagi belum muncul-muncul lagi. Ibu bapa sudah mula bising. Rakan-rakan pula sedang sibuk dengan keluarga masing-masing. Hanya tinggal anda sahaja yang masih tercari-cari pasangan hidup. Itu belum lagi jika ditambah dengan mulut-mulut makcik bawang.

Bukan tak laku, bukan jual mahal. Tapi itulah kadang diri sendiri pun tak tahu silap di mana.

Semua orang tentu ingin menjalani sebuah perkahwinan, semua orang tentu ingin membina keluarga. Bahkan semua orang juga ingin rasa dicintai dan mencintai, begitu juga dengan diri anda bukan.


Dalam usaha mencari jodoh ini, kadang kala anda akan rasa tertekan, rasa macam nak putus ada dan macam-macam lagi. Orang tak faham, mereka hanya tahu bertanya tetapi tak tahu bagaimana diri sendiri yang merasainya.

Jangan bersedih, jika anda adalah orang yang lambat sedikit untuk bertemu pasangan anda. Setiap manusia inikan sudah dilahirkan berpasang-pasangan, cuma masanya sahaja anda untuk anda belum berjumpa pasangan anda.

Surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Jangan bersedih dan jangan kecewa, cuba anda pandang pula pada sudut positifnya. Banyak sebenarnya manfaat kalau anda masih lagi bujang.



1. Dapat bantu ibu bapa.

Kalau mereka yang sudah berkahwin ini mampu kumpul pahala dengan pasangan mereka, anda pula mampu kumpul pahala dengan ibu bapa anda. Menjaga, serta meluangkan masa bersama-sama ibu bapa adalah saat yang paling bermakna. Kalau sudah berkahwin, masa dengan mereka semakin kurang. Jadi inilah saat yang akan anda rindui.

2. Dapat lakukan apa yang anda mahukan.

Bila dah kahwin semua perkara kena bincang bersama pasangan. Tapi kalau anda masih bujang, nak buat apa tentu sahaja bukan satu masalah bukan. Nak pusing satu negera atau dunia tentu sahaja tak jadi masalah. Jadi gunakan masa yang ada ini untuk buat apa anda suka, lepas kahwin nanti boleh fokus pada pasangan dan keluarga sahaja.



3. Allah nak anda perbaiki diri dulu.

Ini tujuan sebenarnya, Allah nak anda sudah betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab serta nak suruh jaga emosi itu. Mana tahu pasangan anda sedang berdoa agar mendapatkan jodoh yang baik, tapi anda masih belum sebaik yang dia mahukan, itu yang tak jumpa lagi.

Biarlah berkahwin lambat sedikit asalkan tak salah pilih, itu yang paling penting.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen