“Kita Dah Bersungguh Nakkan Dia, Tapi Dia Main Tarik Tali Pula..." Ini Tanda Si Dia Hanya Ambil Kesempatan Atas Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari seseorang yang tepat, tak semua orang mempunyai nasib yang baik. Kalau anda rasa kecewa kerana masih lagi single, itu sebenarnya lebih baik jika nak bandingkan kecewa kerana berharap pada mereka yang tak sudi.Berharap pada yang tak pasti itu sebenarnya tak seronok, malah anda sendiri tak akan tahu bila anda akan diperlukan dan akan dibuang.


Tak semua orang yang mendekati anda itu adalah orang yang ikhlas. Boleh jadi, dia mendekati dengan agenda tersembunyi. Rambut sama-sama hitam, tapi hati lain-lain.

Sebab itulah, selagi anda dan dirinya belum mempunyai hubungan yang halal dan sah, jangan nak mudah sangat percaya dan meletakkan harapan yang tinggi. Berikut adalah beberapa tanda seseorang itu hanya ambil kesempatan ke atas anda.



1. Cari bila ada mahunya.

Ini yang paling jelas sebenarnya, dia begitu tidak serius dengan diri anda. Dimana, bila dia mahukan sesuatu dari anda barulah dia pergi mencari anda. Kalau tidak, dia akan buat tak tahu mengenai kehadiran anda, malah kalau anda cari pun dia layan nak tak nak sahaja. Jika dia seperti ini, baik anda segera jauhkan diri.

2. Tak berminat nak kenal anda dengan lebih dalam.

Ada orang bila dah sayang, dia akan rasa teruja nak kenal keluarga dan rakan-rakan anda. Akan tetapi berlainan pula dengan dirinya. Dimana, dia lebih suka menjauhkan diri malah sentiasa mempunyai alasan apabila anda ingin kenalkan kepada orang disekeliling anda. Nampaknya, dia memang tak berminat nak tahu akan hidup anda.



3. Pentingkan diri.

Hubungan yang baik akan penuh dengan saling memahami, bertolak ansur malah saling melengkapi pasangan masing-masing. Namun, berlainan dengan hubungan anda, dimana segala kemahuan dia anda perlu turuti, tetapi kemahuan diri anda dia buat tak tahu sahaja. Biasanya pergaduhan, pertengkaran serta salah faham yang berlaku sentiasa anda yang mengalah.



4. Tak suka akan komitmen.

Anda ajak kahwin dia tak mahu, ajak bertunang pun dia tak mahu. Semuanya dia tak nak dan kerap kali menyatakan dia belum bersedia. Dia belum bersedia dengan anda tapi dengan orang lain dia bersedia. Ini yang biasanya berlaku, dia tak nak terikat dengan diri anda.

5. Hubungan yang sembunyi-sembunyi.

Tak nak orang lain tahu, kalau keluar pun nak tempat yang sunyi dan segalanya akan dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kalau macam inilah gaya hubungan anda, jelas menunjukkan bahawa dia bukannya mahukan anda tetapi ada niat yang dia sembunyikan.

Kalau anda terlibat dengan hubungan seperti ini, lebih baik anda fikir banyak kali kalau nak teruskan juga hubungan seperti ini. Bukan apa, hari ini mungkin anda rasa tak apa-apa tapi esok lusa belum tentu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen