Allah Tahu Apa Yang Terbaik Buat Anda, Jangan Bersedih Jika Ditinggalkan Mereka Yang Tak Menghargai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam berusaha mencari pasangan yang tepat, dimana yang boleh bawa ke hari tua ini. Tentu ramai yang pernah rasa kegagalan dalam hubungan, kekecewaan malah saat-saat peritnya untuk move on dari mereka yang pernah anda berikan hati dan berharap. Mungkin anda pernah tertanya-tanya, yang mana anda sendiri pun belum tentu dapat jawapannya.

Mengapa anda bertemu dengan dirinya?

Mengapa dia bukan jodoh yang anda cari?

Mengapa dia tinggalkan anda sebegini rupa?


Bila rasa kecewa seperti ini, ramai yang mula mempersoalkan diri sendiri. Ramai yang mempersoalkan Allah. Sedangkan, ini adalah sebaik perancangan yang Allah rancangkan buat diri anda.

Jangan risau, anda akan bertemu dengan jodoh anda. Mungkin sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk anda bertemu dengan pasangan hidup anda. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”

Jangan bersedih, Allah tahu apa yang terbaik buat diri anda. Dimana, setiap perpisahan tentu sahaja akan ada pertemuan yang baru. Siapa sangka pertemuan itu yang akan membuatkan anda bahagia hingga ke akhir hayat.



Siapa sangka bahawa pertemuan itu yang akan membuatkan anda berubah menuju ke arah kebaikan serta mampu mendekatkan diri dengan Allah. Siapa tahu semua itu bukan.

Jangan pernah pertikaikan apa yang Allah lakukan dan rancang buat diri anda. Dia tahu mana yang baik dan tidak buat diri anda.

“Barang kali apa yang anda rasakan itu bukan yang terbaik, tetapi apa yang anda tak mahu itulah yang terbaik dari Allah buat anda.”

Sebagai seorang manusia, jangan begitu meratapi apa yang tidak sepatutnya. Setiap kehilangan itu tentu sahaja akan digantikan dengan lebih baik lagi. Jangan pernah buruk sangka dengan rancangan Allah, kerana dia lebih mengetahui apa yang tersembunyi dan tersirat di muka bumi ini.



Patah tumbuh hilang berganti, itulah kehidupan yang perlu anda lalui dan renungkan. Jangan tangisi mereka yang telah pergi tinggalkan anda. Sebaliknya, lakukan persiapan untuk menanti mereka yang bakal berusaha menghalalkan anda.

Jangan bersedih dan tangisi perpisahan tetapi bersyukurlah bahawa Allah nak selamatkan anda dari terus hanyut...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen