Tak Nak Makan Sayur Warna Hijau Sebab Pahit, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Rugi Ketepikan Sayur Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap pasal sayur hijau sahaja, tentu akan ramai yang membayangkan petapa pahitnya sayur ini. Ini pun kalau mereka ini bukan peminat sayur. Kalau peminat sayur biasanya tak ada masalah nak telan sayur yang hijau dan pahit ini.

Selalunya, bila ada sayur dalam masakan jarang sekali akan dimakan. Nak-nak lagi kalau dalam mee goreng, nasi goreng dan masakkan lain. Selalunya sayur seperti taugeh, sawi, kangkung dan lain-lain lagi memang jadi hiasan tepi pinggan sahaja. Ramai yang tak mahu memakannya. Nak-nak lagi kanak-kanak.


Biasanya sayur-sayur yang pahit ini memang dielakkan oleh sesetengah orang. Ada yang tak pernah beli atau tak pernah nak cuba makan kerana otak telah set bahawa sayur hijau ini pahit dan tak sedap. Apa yang orang tak tahu adalah, sayur hijau yang pahit ini banyak memberi manfaat kepada tubuh badan.

Berikut adalah manfaatnya;



1. Membantu dalam pencernaan yang sihat

Pengeluaran enzim pencernaan dalam badan boleh ditingkatkan dengan makan makanan pahit. Lebih baik pencernaan makanan, semakin banyak nutrien yang dapat diserap oleh tubuh.

2. Kaya dengan vitamin dan mineral

Sayuran pahit menawarkan pelbagai nutrien yang baik untuk tubuh. Makanan pahit mengandungi vitamin C, K, dan A, dan mineral seperti magnesium, kalsium, dan kalium. Sayuran pahit juga kaya dengan serat, dan foliate, tetapi rendah natrium dan lemak.

3. Melawan radikal bebas

Kajian terbaru menunjukkan bahawa makanan pahit, termasuk yang coklat pahit dapat membantu memerangi radikal bebas dalam tubuh. Dalam erti kata lain, ia boleh mencegah penyakit kanser atau neurologi.



4. Mengeluarkan toksin di dalam hati

Kesihatan hati memainkan peranan penting dalam kesihatan badan secara keseluruhan. Menjaga kesihatan hati boleh dilakukan secara mudah dan sederhana, iaitu makan makanan pahit. Sayuran pahit seperti kale (sejenis kubis) dan sayur-sayuran lain yang mengandungi fitonutrien dapat membantu hati melakukan tugas seperti mengimbangi hormon, mengekalkan kadar kolesterol, dan mengeluarkan racun dari darah.

5. Mengurangkan keinginan gula

Mengambil banyak gula atau makanan bergula boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda, terutamanya jika anda mempunyai masalah mengawal gula darah. Ketagih gula atau makanan manis boleh dikurangkan dengan makan makanan pahit.

Jangan takut nak makan sayur, tak pahit macam ubat pun sayur ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen