Sebelum Nak Jadi Isteri Orang Kena Pandai Kawal Ini, Korang Dah Belajar Bab Ini Belum?

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan ini sememangnya indah, tapi lagi indah kalau anda ini sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapinya. Mungkin ada yang menyatakan bahawa perkahwinan ini bukan semudah yang disangka, ataupun tidak seperti yang anda bayangkan. Namun, kalau anda bijak untuk mengawal perkahwinan anda tentu sahaja ia menjadi satu yang mudah.

Biasanya orang perempuan yang mempunyai angan-angan dan beranggapan berlebihan dalam perkahwinan ini. Mana tidaknya, mereka ini sentiasa dahagakan kebahagiaan itu yang menyebabkan dia menganggap bahawa perkahwinan ini mudah.


Jika anda bakal menjadi seorang isteri, jangan begitu mudah untuk meletakkan satu anggapan yang mudah. Jika anda tidak bersedia mental dan fizikal anda mungkin akan berdepan dengan masalah.



1. Agama paling utama.

Jangan letakkan kebahagiaan itu pada suami anda, tetapi letakkan kebahagiaan itu kepada Allah. Dimana dia yang akan membuatkan anda bahagia atau menguji hubungan anda. Allah yang menantukan segalanya. Jika anda meletakkan harapan yang tinggi kepada suami anda, anda mungkin akan terkapai-kapai jika dilanda ujian.

2. Kesabaran kena tinggi.

Nak sabar dengan diri sendiri itu mungkin boleh tapi nak sabar dengan orang sekeliling ini memang akan buat anda hilang sabar. Bukan dengan keluarga mertua atau orang ketiga, anda pun kena sabar dengan suami sendiri. Ini kerana, suami lebih banyak beri ujian kepada anda nanti.



3. Perlu matang.

Jika anda tak matang, bagaimana anda nak kendalikan rumahtangga anda. Ini kerana, setiap keputusan dan tindakan dalam rumahtangga ini perlukan satu perkara yang matang. Jika anda ikut emosi dan nafsu, anda mungkin akan berdepan dengan masalah.



4. Belajar terima sesuatu dengan berlapang dada.

Bila berkahwin ini anda perlu memperlajari sesuatu yang baru. Kena belajar luar dalam pasangan malah kena terima kekurangan dan kelebihan pasangan yang selama ini anda tak jangka. Ini kerana, selepas kahwin anda baru kenal siapa pasangan yang anda cintai itu.

5. Jangan mengharapkan lebih.

Jika anda mengharapkan yang lebih dari pasangan anda, anda akan sakit. Jika anda lakukan perbandingan dengan apa yang orang lain miliki anda juga yang merasakan kecewanya. Maka dengan itu, jangan mengharapkan sesuatu yang lebih dari pasangan anda. Adalah lebih baik kalau anda bersyukur dengan apa yang dia beri dan sediakan buat anda. Itu sebenarnya lebih membuatkan anda rasa bahagia sebenaranya.

Orang perempuan ini selalu berangan bahawa perkahwinan mereka akan itu dan ini, itu yang membuatkan mereka lebih mudah kecewa apabila apa yang mereka harapan itu tidak menjadi. Sebelum berkahwin, anda perlu pelajari perkara ini dahulu insya-Allah rumahtangga anda akan bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen