Pasangan Mula Rasa Dingin, Tak Suka Berada Di Rumah... Hati-Hati, Mungkin Terkena Sihir Pemisah Pemusnah Rumah Tangga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebuah perkahwinan sememangnya tidak akan lari daripada konflik ataupun sedikit ujian buat pasangan yang berkasih sayang. Namun, selalunya kalau ujian yang nampak ini tentu sahaja tak menjadi masalah untuk dihadapi bersama-sama, akan tetapi yang tak nampak ini yang menjadi punca penceraian yang tak dijangka.

Dalam perkahwinan ini, kalau anda bermasam muka dengan pasangan tentu sahaja akan ada yang bersorak malah makin menjadi batu api, bahkan kalau anda berbahagia dengan pasangan anda sekali pun, tentu sahaja akan ada mereka yang tidak puas hati dengan kebahagiaan yang anda miliki.


Bila dah tak suka, berdendam dan busuk hati itu, ada yang sanggup menggunakan sihir dan khurafat untuk memuaskan rasa iri hati. Walaupun tahu salah di sisi agama, tapi asalkan hati puas itu cukup menyenangkan hatinya.



Sihir pemisah

Tiada hujan tiada ribut, ikatan perkahwinan yang dahulunya bahagia dan disulami rasa kasih dan sayang, kini hanyalah dipenuhi rasa benci saat menatap wajah pasangan. Itu adalah antara penunjuk apabila sesebuah hubungan itu terkena sihir atau santau.

Sihir tafriq atau lebih mudah dikenali sebagai sihir pemisah ini adalah satu perbuatan yang haram untuk dilakukan bagi individu yang beragama Islam kerana ia menggunakan unsur syirik iaitu satu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau syaitan, selain daripada Allah.

Pasangan yang terkena amalan khurafat bertujuan untuk memisahkan hubungan terjalin akan mengalami kesukaran untuk bersama sehingga wujudnya kebencian, permusuhan dan akan sering berlaku perbalahan antara suami isteri.

Apabila keadaan seperti ini kerap terjadi, jalan penyelesaian yang sering diambil adalah perpisahan. Sering kali penceraian yang berlaku akibat perbuatan tidak bermoral ini dilakukan oleh individu yang mempunyai rasa tidak puas hati dan berniat jahat untuk merosakkan ikatan perkahwinan tersebut.



Tanda-tanda terkena sihir pemisah
Bagi pasangan suami isteri, dikatakan berikut adalah beberapa tanda-tanda yang boleh dilihat jika anda dan pasangan mungkin terkena santau ini:

• Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan kelamin. Jika melakukannya pun, seolah-olah terpaksa.
• Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
• Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
• Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
• Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
• Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
• Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
• Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
• Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Jika anda dan pasangan melalui perkara yang di senaraikan di atas, penulis sarankan untuk melakukan ikhtiar bagi merawat dan memulihkan keadaan. Kini sudah terdapat pelbagai kaedah perubatan Islam boleh membantu anda. Jangan biarkan sehingga rumah tangga yang dibina selama bertahun musnah begitu sahaja.

Maka dengan itu, jika bahagia lebih elok anda dan pasangan sahaja yang rasa. Bila bergaduh dan tidak sefahaman pun, sama-sama selesaikan berdua. Tak perlu nak hebohkan kepada orang sekeliling bahkan tak perlu nak muat naik di media sosial.

Tak semua orang akan suka melihat apa yang anda rasa baik sedih mahupun gembira, maka dengan itu adalah lebih baik kalau anda simpan dan rasai berdua sahaja. Siapa sangka dengan niat nak berkongsi tapi akhirnya ia menjadi punca mengapa anda suami isteri tak bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen