Bila Ada Anak Perempuan Ini Barulah Jadikan Anda Ayah Yang Sebenar. Ini Rahsia Anak Perempuan Yang Anda Perlu Tahu. Barulah Mudah Nak Didik Mereka Kelak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang yang berpendapat bahawa, seorang ayah itu belum betul-betul menjadi ayah selagi dirinya tidak memiliki anak perempuan. Ini kerana, menjaga dan mendidik anak perempuan yang memiliki hati yang lembut serta sensitif ini sebenarnya lebih mencabar berbanding mendidik anak lelaki.

Jiwa kanak-kanak perempuan ini selalu inginkan perhatian, dahagakan belaian serta selalu ingin dimanja. Sebab itu mereka ini lebih suka mencuri tumpuan berbanding anak lelaki. Dari kecil hingga ke dewasa, anak perempuan ini bagaikan permata buat ibu bapanya.


Seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif, apabila anda memiliki anak perempuan, ini yang perlu anak tahu.

5 Rahsia Anak Perempuan Yang Seorang Ayah Wajib Tahu




1. Mereka tengok cara anda layan ibu mereka

Sesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.

Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situ lah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.

2. Mereka nak rasa keberadaan ayahnya

Sosok ayah ni biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.

Sesekali tu, kena lah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun dah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!

" She cares about spending time with you. Playing with you. Being with you! "

3. Mereka nak kita faham dunia mereka
Lebih lebih lagi anak perempuan yang remaja, mereka nak ayahnya kenal dunia mereka.

Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.

InsyaAllah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!

4. Mereka nak kita lindung mereka

Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!

Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.

5. Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum Nombor 1 mereka

Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya 'perasan' dan acknowledge pencapaian mereka.

Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.

Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas penat lelah mereka untuk membanggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!

Terima kasih pada semua suami & ayah di seluruh dunia! You are awesome!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen