Kalau Nak Reject Someone, Jangan Ejek Fizikalnya. Itu Satu Perbuatan Jenayah.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Kau tak cantik!”

“Badan kau gemuk!”

“Muka kau berjerawat!”

Kata-kata ini sangat melukakan hati sesiapa saja yang mendengarnya. Sama ada anda sengaja atau tidak itu sememangnya melukakan hati. Mungkin anda memiliki rupa paras yang cantik, tubuh badan yang ideal serta muka mulus tanpa cela, tapi itu bukan bermakna anda boleh menghina seseorang hingga melukakan hatinya.


 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kadang kala bukannya mereka ingin dilahirkan sebegitu rupa, tetapi itulah ujian yang perlu dia terima dengan hati terbuka. Dan ujian buat dirinya itu juga merupakan ujian buat diri anda, dimana anda perlu menjaga mulut dan kata-kata agar tidak melukakan hati orang lain.


Sesetengah orang apabila ingin menolak seseorang yang tidak berkenan di matanya, dia akan menggunakan fizikal sebagai alasan untuk membuat seseorang itu patah hati. Bukan itu sahaja, dalam perkahwinan ataupun perhubungan, seseorang boleh ditinggalkan kerana sudah tidak cantik ataupun badannya sudah tidak seperti dulu.

“Awak sekarang dah gemok dan dah tak cantik, tak sesuai dengan saya.”

“Makin hari saya tengok awak makin gemok, kita berpisah jelah.”

Walaupun anda menyatakan bahawa itu hanya kata-kata yang ingin anda lontarkan kepadanya untuk membuat dia sedar dan melakukan perubahan. Tapi itu tidak bermakna kata-kata itu sesuai digunakan kerana ia akan melukakan hati dan memberi kesan yang besar buat seseorang.



Untuk pengetahuan anda, jika anda menghina atau mengejak fizikal seseorang, anda boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50K atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Body shaming adalah jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kepada SKMM. Jadi sebelum nak berkata-kata, fikir dulu akibatnya.

Kalau nak reject seseorang pun, gunakan bahasa yang elok dan tidak begitu menyakitkan hati. Itu lebih baik. Mana tahu esok lusa anda pula yang kena.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen